fbpx
More

    Ulasan ASUS ROG Zephyrus G14 – Komputer riba ‘gaming’ kompak perkasa untuk disambar

    Awal tahun ini, kami mendapat peluang untuk melawat ibu pejabat AMD di Austin, Texas untuk melihar pemproses terkini siri Ryzen 4000. Jika anda pernah membaca analisis kami (melalui TechNave), pemproses ini adalah salah satu pemproses ‘jahat’ dan didakwa berkuasa berdasarkan spefikasinya. Apa pun, komputer riba gaming ialah cara paling sesuai untuk mengujinya.

    Memandangkan komputer riba siri Ryzen 4000 masih tidak tersedia secara komersial di Malaysia, kami berhasil mendapatkan komputer riba ASUS ROG Zephyrus G14 (GA40 1IV). Anda jangan cuba memandang peranti ini dengan sebelah mata kerana ia dilengkapi CPU terkini Ryzen 9 4900HS. Ini adalah unit pemproses tertinggi yang kami dapat uji, jadi tanpa berlengah, ini adalah ulasan ASUS ROG Zephyrus G14 kami.

    Apabila kita memikirkan komputer riba gaming, biasanya kita membayangkan saiz yang besar. Namun, komputer riba gaming ROG Zephyrus G14 adalah lebih kecil daripada badan komputer riba gaming standard dan ianya mudah untuk dibawa ke mana-mana. Unit yang kami dapat adalah model berwarna putih yang hampir kelihatan seperti komputer riba nipis ringan biasa yang anda bawa ke pejabat. Namun, ianya hadir dengan reka bentuk yang lebih sporty bersama lubang mikro pada permukaan atas komputer riba. Anda juga boleh menunjukkan pencahayaan LED dengan bangga kepada rakan dan keluarga anda (skrin AniMe Matrix tanpa kegunaan praktikal, tetapi secara automatik akan menaikkan saham anda).

    ROG Zephyrus G14 dengan skrin IPS FHD 14-inci (1920 x 1080) yang menyokong kadar segar semula 120Hz!
    Pandangan yang lebih dekat untuk rekaan papan kekunci. Dari kiri ke kanan, anda boleh lihat butang ‘volume’, mikrofon dan butang Armoury Crate
    Pengimbas cap jari/butang ‘power’ pada atas sebelah kanan. Anda boleh lihat banyak lubang udara pada kedua-dua belah dan kawasan engsel ErgoLift yang menurut saya agak pelik kerana bukankah pengudaraan mengalir ke bahagian bawah skrin?
    ROG Zephyrus G14 memiliki port asas – 2x port USB 3.0, 2x port USB Type-C, port output HDMI, DisplayPort, bicu audio 3.5mm dan slot kunci Kensington untuk keselematan komputer riba
    Port di sebelah lain, alangkah bagusnya jika ada port USB Type-A tambahan dan slot kad SD
    Pandangan atas komter riba gaming. Apa pun, ketiadaan kamera web boleh jadi perkara buruk untuk gamer yang gemar menstrim
    Paparan AniMe Matrix sedang beraksi

    Susun atur papan kekunci sesuai dengan imej gaming dan terdapat butang power di sebelah kanan yang juga bertindak sebagai pengimbas cap jari, jadi ianya agak baik. Namun, saya jarang sekali menggunakan pengimbas cap jari kerana prosedur pengesahan selalunya tidak lancar tanpa sebab yang tidak diketahui. Papan kekunci ini mempunyai cahaya di belakang dan anda boleh melihat pembesar suara di sebelah kanan dan kiri yang agak kuat dan seimbang. Biasanya, komputer riba akan mengeluarkan bunyi pecah pada kelantangan yang paling kuat, tetapi ASUS memberi pengalaman yang baik untuk ini.

    Terdapat juga beberapa perisian pra-pasang termasuklah NVIDIA GeForce Experience, GameFirst VI, GameVisual dan tentunya, Armoury Crate yang diusulkan pada permulaan tadi. Program Armoury Crate ialah tempat dimana anda boleh mengawasi dan mengubah suai profil gaming serta selera utama anda. Anda juga boleh mengubah suai skrin AniMe Matrix.

    Armour Crate
    Halaman paparan AniMe Matrix

    “OK, BAGAIMANA DENGAN PRESTASI GAMING?”. Ya, ini masa yang tepat untuk membincangkannya. Seperti yang dijangka, ROG Zephyrus G14 mampu bertahan dalam kebanyakan game Triple-A. Seperti yang dinyatakan, komputer riba ini menampilkan CPU Ryzen 9 4900HS dan GPU NVIDIA GeForce RTX 2060 Max-Q bersama VRAM 6GB, RAM 16GB dan SSD 1TB. Tiada storan tambahan, namun storan yang diberi pastinya boleh menampung banyak game dan memori. Selepas memuat turun 8 game dengan grafik intensif, program tambahan untuk kerja dan penanda aras, saya masih mempunyai ruang 275GB.

    Game utama yang diuji pada ROG Zephyrus G14 tidak lain tidak bukan Doom Eternal. Turut serta ialah Tom Clancy Divison 2, Call of Duty: Warzone dan Destiny 2. Saya cuba menetapkan tetapan Ultra Nightmare untuk Doom Eternal, tetapi tidak berjaya kerana sudah mencecah tahap kapasiti maksimum (LOL). Apa pun, selain menikmati keseronokan (seronok lah sangat) daripada game tersebut, komputer riba gaming ini boleh mengoperasikan grafik Doom Eternal yang mengandungi aksi tembak dan aksi huru-hara dengan mudah. Namun, komputer riba ini menjadi sedikit bising dengan kipas termal yang berputar, tetapi anda boleh mengaktifkan mod senyap yang agak berfungsi untuk sebuah kompter riba gaming.

    Grafik merupakan satu perkara penting, tetapi kita juga perlu pertimbangkan prestasi penyambungan. Keadaan ini berlaku dimana The Divison 2, Warzone dan Destiny 2 merupakan game Triple-A yang memfokuskan multi-pemain bersama rakan sambil mengoperasikan grafik tinggi dalam satu masa. Berbaloi untuk saya katakan, sambungan WiFi 6 (Gig+) adalah stabil untuk menampung game walaupun tanpa port Ethernet (dan jika sambungan terputus, ia merupakan masalah pelayan kerana tidak mampu menampung populasi dalam tempoh sebegini). Perlu juga disebut mengenai sambungan Bluetooth yang memuaskan memandangkan saya menggunakan tetikus gaming wayarles dan pembesar suara Bluetooth wayarles.

    Menguji Doom Eternal pada ROG Zephyrus G14
    Tangkapan skrin The Division 2, pemandangan nampak ‘real’ seperti gambar keadaan sebenar
    Anda boleh ‘multitask’ kerja sambil ‘rendering’ video dalam masa yang sama, terima kasih kepada RAM 12GB
    Skor PCMark, seperti yang dijangkakan
    Skor 3DMark, boleh tahan untuk komputer riba ‘gaming’ kecil

    Berkenaan jangka hayat bateri, ROG Zephyrus G14 mempunyai ketahanan bateri luar biasa. Biasanya, bateri komputer riba gaming tidak mampu bertahan sehingga 3 jam tanpa plug, tetapi komputer riba ini hanya perlu dicas semula lebih kurang selepas 6 jam penggunaan. Spesifikasi di atas kertas menyatakan ia mampu bertahan selama 11 jam penggunaan, tetapi ianya bergantung kepada penggunaan harian anda.

    Oleh kerana kita berada dalam topik ini, saya juga patut menyebut tentang kekurangan kelancaran ROG Zephyrus G14. Komputer riba gaming ini menjadi agak panas semasa gaming dan saya merasakan ianya tidak ideal untuk meneruskan gaming dengan posisi tapak tangan kiri pada badan komputer riba. Bukannya panas sehingga boleh mencairkan kulit, tetapi ini cuma pandangan peribadi memandangkan ianya agak tidak selesa. Selain hal ini, saya tidak mengalami pengalaman game crash semasa dalam permainan, jadi agak impresif untuk sebuah komputer riba gaming kompak.

    Secara keseluruhannya, saya banyak menikmati penggunaan ASUS RIF Zephyrus dalam tempoh ini. CPU AMD Ryzen 9 4900HS membuktikan ianya mampu menampung game Triple-A bergrafik tinggi. Begitu juga dengan sambungan wayarles dan apa yang luar biasa adalah prestasi bateri yang baik. Ini adalah komputer riba gaming atasan yang diinginkan gamer dan ia benar-benar menonjol di pasaran.

    Sekali lagi, saya perlu menyebut tentang pelesapan haba terutamanya semasa dalam permainan. Terdapat cara untuk menyelesaikan hal ini iaitu menyambungnya dengan papan kekunci lain, tetikus dan monitor lain (bonus jika anda ada monitor dengan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman gaming paling baik). Pengimbas cap jari juga perlu diperbaik lagi dan mungkin menambah satu lagi port USB Type-A (tambah slot kad SD juga).

    Berkenaan harga, ia dijual dalam pasaran Malaysia pada harga bermula RM4,499. Untuk butiran lanjut tentang varian spesifikasi dan harga Zephyrus G14 di Malaysia, anda boleh buat perbandingan di sini. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama TechNaveBM.com untuk pelbagai ulasan teknologi!

    Ciri teknologi dan spesifikasi ASUS ROG Zephyrus G14 (GA40 1IV):

    • AMD Ryzen 9 4900HS dengan Grafik Radeon @ 3.00GHz
    • NVIDIA GeForce RTX 2060 Max-Q GPU dengan VRAM 6GB (Boost Clock: 1285MHz, 65W)
    • 16GB DDR4 3200MHz SDRAM (boleh dinaik taraf sehingga 32GB)
    • 1TB SSD (M.2 NVMe PCIe 3.0)
    • 14-inci Full HD tanpa silau (1920 x 1080) panel bertahap IPS, 120Hz, 100% sRGB, Pantone Validated, adaptive sync
    • Berukuran 32.4 x 22.2 x 1.79cm, berat 1.6kg
    • Port – 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-C dengan DisplayPort 1.4 dan Power Delivery, 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x HDMI 2.0b, 1 x kunci Kensington, bicu audio 3.5mm dan kombo bicu mikrofon
    • Menyokong Intel Wi-Fi 6 dengan prestasi Gig+ (802.11ax), Bluetooth 5.0
    • Kuasa Bateri – 180W alat suai kuasa, menyokong Type-C PD 3.0 sehingga 65W
    • Perisian pra-pasang – NVIDIA GeForce Experience, Armoury Crate, GameFirst VI, GameVisual
    • Windows 10 Home

    Kebaikan dan Keburukan

    Kebaikan: Komputer riba gaming dengan lebih kuasa, baik untuk kegunaan tugasan harian.

    Keburukan: Pemanasan mungkin menganggu semasa gaming, pengimbas cap jari perlu diperbaik.

    Ringkasan: Ianya mungkin komputer riba gaming kompak terbaik untuk gamer, itu sahaja.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

    Infinix Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru, Infinix GT 20 Pro, pada hari Khamis, 2 Mei 2024. Telefon kelas pertengahan ini bakal...

    Tesla Model 3 Performance rasmi di Malaysia, 0-100km/j hanya 3.1 saat bermula RM242,000

    Hari ini, Tesla Malaysia telah melancarkan Tesla Model 3 Performance secara rasmi. Untuk pengetahuan, Tesla Model 3 Performance telah dilancarkan sebelum laporan...

    Pesaing Tesla, Polestar hasilkan telefon pintar pertama dengan ciri AI khas

    Salah satu pesaing Tesla dalam pasaran kenderaan elektrik, Polestar, baru sahaja melancarkan telefon pertama mereka. Untuk pengetahuan, Polestar Phone dan Meizu 21...

    Elon Musk: Tesla adalah kenderaan EV dengan kos penyelenggaraan paling murah

    Sebuah analisis data yang diterbitkan oleh Consumer Reports pada Jumaat lalu menyatakan Tesla adalah jenama kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kos penyelenggaraan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X