fbpx
More

    Ulasan Infinix Note 40 Pro 5G – Adakah ini raja telefon “mid-range” 2024?

    Beberapa minggu lalu, Infinix Malaysia telah melancarkan telefon pintar terbarunya untuk kategori telefon kelas pertengahan iaitu Infinix Note 40 Pro 5G. Ia merupakan sebuah telefon yang menampilkan teknologi pengecasan pantas All-Round FastCharge 2.0 yang dikuasakan oleh cip Cheetah X1.

    Dengan harganya yang bermula pada RM1,089, ia adalah telefon yang agak menarik jika dilihat pada spesifikasi dan fungsi yang ditawarkan. Untuk mengetahui sama ada telefon ini sesuai untuk anda atau tidak, ayuh baca ulasan yang telah dikarang oleh penulis TechNave Bahasa Inggeris ini:

    Rekaan – Bergaya di hadapan dan belakang

    Untuk ulasan ini, kami telah diberikan Infinix Note 40 Pro 5G dalam warna hijau Vintage Green. Sekali pandang, bahagian sisi yang melengkung dan sudahan kulit di bahagian belakang memberi penampilan yang premium untuk peranti ini. Bonggol kameranya yang berbentuk petak mungkin membuatkannya nampak tebal, namun penulis merasakan ia meningkatkan lagi daya tarikannya.

    Permukaan kulit rasa mewah apabila dipegang
    Skrin yang melengkung juga membuatkannya selesa dipegang
    Butang kuasa dan volume yang berada di bahagian kanan
    Antara telefon ternipis yang penulis pernah pegang
    Port USB-C dan pembesar suara yang berada di bahagian bawah

    Selain itu, bonggol kameranya menempatkan tiga lensa dan sebuah lampu RGB. Penulis merasakan telefon ini rasa agak nipis apabila dipegang, jadi anda harus berhati-hati apabila membawanya. Bahagian sisinya mempunyai rangka metalik, di mana butang kuasa dan volume terdapat pada bahagian kanan.

    Di bawah, telefon ini mempunyai port USB-C, ruang kad SIM serta pembesar suara stereo yang turut berada di bahagian atas. Penulis amat menghargai rekaannya yang agak unik untuk sebuah telefon kelas pertengahan yang pastinya akan menarik perhatian anda.

    Spesifikasi teknologi – Bagus untuk kelasnya

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Infinix Note 40 Pro 5G:

    • Cipset Mediatek Dimensity 7020 (6 nm)
    • CPU: Octa-core (2×2.2 GHz Cortex-A78 & 6×2.0 GHz Cortex-A55) chipset
    • GPU: IMG BXM-8-256
    • RAM & Storage: 8GB RAM/256GB storage, UFS 2.2
    • OS: Android 14, XOS 14
    • Bateri: 5000 mAh
    • Pengecasan pantas 45W berwayar, 50% dalam masa 26 minit, pengecasan wayarles 20W MagCharge, pengecasan berbalik, pengecasan berbalik wayarles
    • Skrin: 6.78-inci, resolusi 1080 x 2436 (~393ppi), AMOLED, 1 bilion warna, 120Hz, 1300 nits (puncak)
    • Kamera belakang: 108 MP (f/1.8, wide, PDAF, OIS), 2 MP (f/2.4), 2 MP (f/2.4)
    • Kamera hadapan: 32 MP (f/2.2, 1/3.1″)

    Bermula dengan cipset iaitu komponen paling penting untuk telefon ini, ia menggunakan MediaTek Dimensity 7020 SoC. Ini bukanlah cipset yang paling baharu daripada MediaTek, namun ia boleh berfungsi dengan baik untuk kebanyakan tugas harian.

    Skrinnya nampak terang

    Tambahan lagi, telefon ini mempunyai RAM 8GB, storan dalaman 256GB dan sistem operasi Android 14 dengan antara muka (UI) XOS 14. Secara jujurnya, ini adalah spesifikasi yang sangat bagus untuk harganya. Ia juga mempunyai skrin AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 1080×2436, ketumpatan piksel 393ppi, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,300 nits. Audionya pula dihasilkan dengan pembesar suara stereo JBL untuk pengalaman audio yang menyeluruh.

    Sepanjang penulis menggunakan telefon ini, beliau amat berpuas hati dengan skrinnya dan ia akan menggembirakan pengguna yang mengutamakan kualiti visual. Audio daripada pembesar suara stereo juga elok pada kebanyakan masa, namun kadang-kala kualiti audionya boleh jadi kabur.

    Pembesar suara stereo yang memuaskan
    Pengecasan daripada 12% ke 100% mengambila masa 59 minit

    Infinix menjanjikan ketahanan bateri yang tahan lama dan pengecasan yang amat pantas. Mereka mendakwa pengecasan sebanyak 50% mengambil masa sekitar 26 minit sahaja. Penulis telah menguji dakwaan ini dan sememangnya ia boleh mencapai waktu pengecasan tersebut. Pengecasan penuh mengambil masa sekitar 60 minit.

    Sementara itu, susunan dan penampilan UI masih nampak agak asas dan penulis tidak begitu menyukainya. Mujur sekali ia tidak mempunyai aplikasi remeh (bloatware) yang banyak. Kebanyakan aplikasi yang dipra-pasang adalah aplikasi yang kerap diguna seperti Google Mail, YouTube dan Google Drive.

    Penulis tidak meminati UI ini

    Ini adalah langkah oleh Infinix yang harus dipuji kerana tidak banyak telefon kelas pertengahan lain yang melakukan sedemikian.

    Prestasi – Lebih baik sedikit sahaja daripada pesaing

    Daripada segi prestasi, telefon ini merekodkan markah 456,900 di AnTuTu, 918 (teras tunggal) dan 2,287 (multi-teras) di Geekbench 6 dan 3,415 di 3DMark. Ini membuatkannya lebih bagus daripada 65% telefon lain dalam pasaran. Dengan markah sedemikian, anda boleh jangkakan penggunaan yang lancar untuk tugaas pekerjaan dan gaming.

    Markah AnTuTu yang bagus
    Markah Geekbench 6
    Markah 3DMark yang boleh tahan

    Di samping itu, anda boleh besarkan RAM sehingga 16GB, dengan pembesaran RAM maya sebanyak 8GB, jadi anda mempunyai pilihan untuk ubahsuai prestasi telefon. Apabila penulis menguji kebolehan multi-tugas, beliau mendapati telefon ini kerap crash semula ke laman utama (homepage) apabila ingin memuat turun Genshin Impact, Honkai Star Rail dan Mobile Legends MLBB serentak. Ini agak aneh pada kali pertama, namun ia diselesaikan dengan menghabiskan muat turun satu persatu.

    Di samping itu, telefon ini mempunyai ketahanan bateri yang tinggi. Dalam satu situasi, penulis meninggalkan telefon ini selama empat hari dengan WiFi dihidupkan, dan ia masih mempunyai baki 27%. Apabila dilihat pada prestasi gaming dan streaming pula, ia boleh memainkan game selama tiga jam. Jadi jika anda inginkan telefon dengan hayat bateri yang cemerlang, telefon ini boleh jadi pilihan utama anda. Ia juga tidak jadi panas terlalu cepat walaupun sewaktu sesi gaming yang intensif.

    Aplikasi XArena yang sangat berguna

    Kini mari kita beralih ke bahagian yang penting iaitu prestasi gaming. Dengan fungsi pengoptimuman oleh aplikasi XArena, gaming dalam telefon ini rasa natural dan responsif. Sebagai contoh, pengalaman MLBB penulis rasa sangat lancar dan tidak mempunyai banyak lag atau input yang janggal.

    Daripada segi grafik, penulis melihat game seperti Genshin Impact dan Asphalt 9 boleh dimainkan dengan grafik yang berpiksel (pixelated) dan berkotak. Dalam satu masa, penulis perasan bahawa sewaktu wataknya bergerak, terdapat efek gagap (stutter) dan kadar bingkai jatuh mendadak. Ini adalah sesuatu yang boleh dijangka kerana cipsetnya, namun secara keseluruhan, penulis masih berpuas hati dengan prestasi gaming.

    MLBB rasa sangat lancar
    Efek pixelated nampak jelas dalam Genshin Impact
    Grafik yang berkotak dalam Asphalt 9

    Beralih kepada bahagian kamera pula, telefon ini mempunyai kamera utama 108MP dengan kamera swafoto 32MP. Secara jujur, kualiti gambar yang dihasilkan nampak biasa sahaja. Gambarnya mempunyai kecerahan yang nampak diproses lebih manakala warnanya nampak agak pudar. Secara asasnya, gambar anda nampak lebih hambar berbanding objek sebenar.

    Mod fotografi Supernight juga boleh diperbaiki. Jika anda mengambil gambar pada waktu malam, anda masih boleh melihat noise dan kualiti gambar yang agak kabur. Serupa dengan mod fotografi standard, gambar pada waktu malam boleh nampak hambar. Memandangkan ini hanyalah telefon kelas pertengahan, ini adalah sesuatu yang boleh diterima. Jika anda sekadar mahukan kamera yang berfungsi, telefon ini boleh melakukannya.

    Swafoto nampak agak aneh
    Gambar mod potret
    Gambar mod potret
    Warna nampak agak pudar
    Diambil dengan mod 108MP
    Diambil dengan mod 108MP
    Gambar kamera utama – zum 1x
    Gambar zum 3x
    Warna yang elok untuk fotografi santai
    Gambar waktu malap
    Sukar mengambil gambar jelas untuk subjek yang bergerak
    Ingin bermain futsal?
    Noise yang jelas pada gambar ini
    Gambar boleh nampak kabur pada waktu malam
    Boleh nampak jelas jika mempunyai cahaya yang banyak
    Masih banyak boleh diperbaiki dalam mod Supernight
    Gambar swafoto boleh nampak cantik dengan cahaya yang cukup

    Kesimpulan – Berbaloi, tapi bukanlah telefon mid-range terbaik tahun ini

    Jadi adakah Infinix Note 40 Pro 5G ini layak dibeli oleh anda? Penulis sangat mengesyorkannya kerana spesifikasi dan prestasi yang sangat berbaloi dengan harganya. Tidak dinafikan, terdapat telefon lain dijual pada harga serupa untuk prestasi yang lebih bagus, seperti realme 12+ 5G yang dijual pada harga RM1,499.

    Selain itu, anda juga boleh dapatkan POCO X6 pada harga RM1,299. Ia agak mahal sedikit berbanding Infinix Note 40 Pro 5G, namun anda akan dapat RAM 12GB dan storan dalaman 256GB yang lebih besar.

    Menamatkan ulasan ini, jika anda inginkan telefon bajet yang versatil dan tidak kisah dengan prestasi kamera yang biasa sahaja, anda boleh beli Infinix Note 40 Pro 5G. Jika anda mempunyai duit yang lebih, dapatkan POCO X6.

    Beritahu kami di Facebook jika ulasan ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Diterjemahkan daripada TechNave Bahasa Inggeris]

     

    Artikel Terkini

    Ulasan Infinix Note 40 Pro 5G – Adakah ini raja telefon “mid-range” 2024?

    Beberapa minggu lalu, Infinix Malaysia telah melancarkan telefon pintar terbarunya untuk kategori telefon kelas pertengahan iaitu Infinix Note 40 Pro 5G. Ia...

    Siri vivo V30 Superday tawarkan cabutan bertuah dan hadiah menarik bernilai RM13,000

    vivo Malaysia mengumumkan acara siri vivo V30 Superday yang berlangsung daripada 15 April hingga 21 April 2024 di bahagian Utara Mid Valley...

    Nubia lancarkan pengecas GaN RedMagic Deuterium-Front 150W versi Tamron berharga ~RM658

    Nubia telah memperkenalkan penyelesaian pengecasan terbaharunya iaitu set kepala pengecas Red Magic Deuterium-Front Gallium Nitride 150W versi Tamron berharga 999 yuan (~RM658)....

    WhatsApp letak ‘banner’ untuk pengguna ajak rakan baru ke dalam platformnya

    WhatsApp sedang melancarkan kempen strategik untuk menggalakkan pengguna menjemput rakan dan keluarga mereka menyertai platform komunikasinya. Ini menunjukkan komitmen berterusan WhatsApp untuk...

    Acer lancarkan Predator Helios Neo 14 dan Nitro 16 baharu dengan kemajuan AI bermula...

    Acer telah memperkenalkan komputer riba gaming baharunya, Predator Helios Neo 14 dan Acer Nitro 16 yang diperbaharui di mana kedua-duanya dilengkapi dengan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X