More

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau umrah di Arab Saudi.

    Pakej ini ditawarkan kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar Celcom, Digi dan CelcomDigi. Ia membenarkan pelanggan untuk kekal berhubung sepanjang berada di Arab Saudi, dengan harga RM128 untuk akses internet tanpa had dan panggilan telefon 30 minit selama 45 hari.

    Hajj Roaming Pass akan ditawarkan bermula hari ini sehingga 30 Jun 2024 sahaja. Ia boleh dibeli daripada aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

    Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika pas ini akan membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix bakal berubah? Siaran TV 24 jam dilapor dalam perancangan

    Netflix dilaporkan sedang menjalankan perbincangan dalaman bagi memperkenalkan saluran televisyen langsung yang bersiaran 24 jam sehari. Langkah ini diambil susulan data menunjukkan...

    Xiaomi perkenal Sky Nomad N90, SUV dengan jarak perjalanan capai 1,500KM!

    Xiaomi secara rasmi mendedahkan model SUV terbaharu, Sky Nomad N90 yang menandakan pengenalan sub-jenama baharu syarikat tersebut, Sky Nomad. Jenama Sky Nomad...

    redBus kini diintegrasikan dalam aplikasi Grab, tempahan tiket lagi senang dan cepat

    Platform tempahan tiket bas, redBus, kini mengintegrasikan perkhidmatan mereka ke dalam aplikasi Grab menerusi ekosistem Partner Apps. Pengguna kini boleh melayari, membuat...

    Google sahkan acara Made by Google 2026 diadakan pada 12 Ogos ini

    Google secara rasmi mengumumkan acara Made by Google 2026 akan berlangsung pada 12 Ogos ini di New York City, jam 6 petang...

    Nubia bakal lancarkan telefon pintar ejen AI pertama di dunia

    Nubia mengesahkan perancangan untuk memperkenalkan model telefon pintar terbaharu yang dilengkapi dengan sistem ejen kecerdasan buatan (AI) pada hujung bulan ini. Peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured