HUAWEI Malaysia turut memperkenalkan HUAWEI FreeBuds Pro 4 iaitu fon telinga True Wireless Stereo (TWS) terkini di bawah jenama premium HUAWEI SOUND. Dengan teknologi canggih dan rekaan elegan, fon telinga ini membawa pengalaman audio luar biasa untuk pengguna Malaysia.
Ia dilengkapi Dual-Driver True Sound dan teknologi Digital Cross-Over yang menawarkan bunyi yang kaya, jelas dan berkualiti. Ia turut hadir dengan ciri Codec eksklusif L2HC 4.0 membolehkan penghantaran audio lossless hingga 2.3Mbps dan menghasilkan audio resolusi tinggi pada 48kHz/24-bit.
Fon telinga ini dilengkapi AI Noise Cancellation yang mampu mengurangkan sehingga 100 dB bunyi luaran untuk panggilan lebih jelas. Dengan Head Motion Controls, pengguna boleh menjawab atau menolak panggilan hanya dengan pergerakan kepala.
Direka dengan gaya Spectrum Silver Strings, HUAWEI FreeBuds Pro 4 hadir dalam tiga warna premium iaitu hitam, putih dan hijau. Ia boleh didapati mulai 11 Januari 2025 pada harga RM899 dengan tempahan dari 19 Disember 2024 hingga 10 Januari 2025. Tempah sekarang untuk menikmati hadiah percuma bernilai RM327!
Turut diumumkan warna baharu Rose Gold bagi HUAWEI FreeClip yang ditawarkan pada harga RM899. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI FreeBuds Pro 4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

