More

    HUAWEI FreeBuds Pro 4 turut dilancar di Malaysia dengan ANC sehingga 100dB, bateri tahan 33 jam berharga RM899

    HUAWEI Malaysia turut memperkenalkan HUAWEI FreeBuds Pro 4 iaitu fon telinga True Wireless Stereo (TWS) terkini di bawah jenama premium HUAWEI SOUND. Dengan teknologi canggih dan rekaan elegan, fon telinga ini membawa pengalaman audio luar biasa untuk pengguna Malaysia.

    Ia dilengkapi Dual-Driver True Sound dan teknologi Digital Cross-Over yang menawarkan bunyi yang kaya, jelas dan berkualiti. Ia turut hadir dengan ciri Codec eksklusif L2HC 4.0 membolehkan penghantaran audio lossless hingga 2.3Mbps dan menghasilkan audio resolusi tinggi pada 48kHz/24-bit.

    Fon telinga ini dilengkapi AI Noise Cancellation yang mampu mengurangkan sehingga 100 dB bunyi luaran untuk panggilan lebih jelas. Dengan Head Motion Controls, pengguna boleh menjawab atau menolak panggilan hanya dengan pergerakan kepala.

    Direka dengan gaya Spectrum Silver Strings, HUAWEI FreeBuds Pro 4 hadir dalam tiga warna premium iaitu hitam, putih dan hijau. Ia boleh didapati mulai 11 Januari 2025 pada harga RM899 dengan tempahan dari 19 Disember 2024 hingga 10 Januari 2025. Tempah sekarang untuk menikmati hadiah percuma bernilai RM327!

    Turut diumumkan warna baharu Rose Gold bagi HUAWEI FreeClip yang ditawarkan pada harga RM899. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI FreeBuds Pro 4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured