Site icon TechNave BM

HUAWEI Freebuds Pro, Watch GT 2 Pro & Mate T10s dilancar di Malaysia, bermula RM699 & diskaun RM100

HUAWEI Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa produk baru dalam pelbagai kategori peranti. Ini termasuklah fon telinga wayarles Freebuds Pro, jam tangan pintar Watch GT 2 Pro dan tablet Mate T10s. Berikut adalah harga untuk tiga produk ini:

Bagi menyambut kehadiran produk-produk ini, ia akan dijual dengan diskaun RM100 kecuali untuk Mate T10s. Diskaun tersebut hanya akan diberikan kepada mereka yang telah melanggan kepada HUAWEI Newsletter sebelum 30 September 2020 dan hanya boleh digunakan pada 10 dan 11 Oktober ini.

HUAWEI Malaysia turut menganjurkan jualan khas pada 10 Oktober, di mana para pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga RM1,500 untuk produk-produk terpilih seperti:

Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk melihat produk-produk lain yang akan dijual pada harga istimewa pada 10 Oktober ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli produk HUAWEI melalui promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version