More

    HUAWEI Freebuds Pro, Watch GT 2 Pro & Mate T10s dilancar di Malaysia, bermula RM699 & diskaun RM100

    HUAWEI Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa produk baru dalam pelbagai kategori peranti. Ini termasuklah fon telinga wayarles Freebuds Pro, jam tangan pintar Watch GT 2 Pro dan tablet Mate T10s. Berikut adalah harga untuk tiga produk ini:

    • HUAWEI Freebuds Pro: RM699 (percuma CM510 Mini Speaker dan sarung untuk bekas pengecas)
    • HUAWEI Mate T10s: RM999 (percuma sarung dan akses kepada Viu dan HUAWEI Cloud Storage)
    • HUAWEI Watch GT 2 Pro: RM1,199 (percuma tali jam tangan)

    HUAWEI FreeBuds Pro, HUAWEI WATCH GT 2 Pro dan HUAWEI MatePad T 10s dah sampai dan akan dijual di Malaysia! Jadi, kami…

    Posted by TechNave BM on Sabtu, 3 Oktober 2020

    Bagi menyambut kehadiran produk-produk ini, ia akan dijual dengan diskaun RM100 kecuali untuk Mate T10s. Diskaun tersebut hanya akan diberikan kepada mereka yang telah melanggan kepada HUAWEI Newsletter sebelum 30 September 2020 dan hanya boleh digunakan pada 10 dan 11 Oktober ini.

    HUAWEI Malaysia turut menganjurkan jualan khas pada 10 Oktober, di mana para pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga RM1,500 untuk produk-produk terpilih seperti:

    • HUAWEI Mate 30 Pro 5G berharga RM2,699 (harga asal RM4,199)
    • HUAWEI Mate 30 berharga RM1,699 (harga asal RM2,499)
    • HUAWEI P30 Pro berharga RM2,399 (harga asal RM2,799)

    Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk melihat produk-produk lain yang akan dijual pada harga istimewa pada 10 Oktober ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli produk HUAWEI melalui promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured