Site icon TechNave BM

HUAWEI FreeBuds Studio dijual di Malaysia 30 Oktober ini: ANC Dinamik Pintar berharga RM1,199

Selain siri HUAWEI Mate40, HUAWEI telah mengumumkan sepasang fon kepala terbaru di pasaran global. Sejurus selepas pelancarannya di peringkat global, HUAWEI Malaysia telah mengumumkan maklumat mengenai penjualannya di Malaysia. HUAWEI FreeBuds Studio akan mula tersedia di Malaysia pada 30 Oktober ini.

Sepintas lalu, HUAWEI FreeBuds Studio dilaporkan sebagai fon kepala pertama di dunia dengan ciri pembatalan hingar Dinamik Pintar. Ia turut dilengkapi ciri audio beresolusi tinggi dengan dua antena untuk liputan isyarat penuh 360 degree.

Fon kepala wayarles bergred HiFi ini tersedia dengan warna Graphite Black di Malaysia dengan harga RM1,199. Anda boleh mula mendapatkannya secara dalam talian di HUAWEI Store atau secara luar talian di HUAWEI Experience Store bermula 30 Oktober 2020.

Anda juga boleh mendapatkan peranti audio lebih berpatutan seperti HUAWEI Freelace Pro atau HUAWEI FreeBuds 3i yang bermula pada harga RM399 sahaja.

Adakah anda berminat dengannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version