Site icon TechNave BM

HUAWEI Malaysia beri bunga ros merah percuma di HES untuk 50 pelanggan pertama

Sempena bulan cinta ini, HUAWEI menawarkan barisan menarik, promosi masa terhad dan hadiah percuma kepada rakyat Malaysia dan peminat.

Bermula dari 11 hingga 14 Februari 2023, HUAWEI akan memberikan beberapa mawar merah yang sedang mekar di HUAWEI Experience Store (HES) terpilih kepada 50 pelanggan pertama yang membuat pembelian mana-mana produk HUAWEI. Kedai HES yang mengambil bahagian termasuk:

Pavilion KLMid Valley MegamallSuria KLCCSunway PyramidQueensbay Mall
Pavilion Bukit JalilIOI City MallThe Gardens MallOne UtamaMid Valley Southkey
Setia City MallAEON Mall Bukit TinggiGurney PlazaSunway CarnivalAEON Tebrau City

HUAWEI FreeBuds 5i berharga RM399 dan anda boleh menikmati promosi awal sebanyak RM50 apabila anda membeli antara hari ini hingga 15 Februari 2023.

Selain itu, HUAWEI menawarkan potongan sehingga RM1,500 untuk produk terpilih dan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,298 sehingga 14 Februari ini. Anda boleh dapatkan semua peranti ini di HUAWEI Exeperience Store atau di laman web rasmi HUAWEI.

Dalam pada itu, syarikat teknologi ini memperkenalkan pelan langganan baharu dengan kerjasama Maxis, Digi dan Celcom. Pelanggan boleh membeli Mate50 Pro Kunlun Glass Edition dalam Carbon Black Vegan Leather atau Silver pada harga serendah RM73 sebulan dan layak mendapat hadiah percuma seperti HUAWEI Watch Fit (bernilai RM499). 

Eksklusif untuk pelanggan Maxis, anda akan layak menyertai peraduan cabutan bertuah dan berpeluang untuk membawa pulang HUAWEI Watch Fit, FreeBuds Pro atau Vision S 6 inci. 

Ketahui lebih lanjut mengenai peranti HUAWEI di laman web rasmi HUAWEI, Facebook, Instagram dan Twitter. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version