More

    HUAWEI FreeBuds 5i dilancar di Malaysia: Tawarkan ANC berbilang mod dan EQ berharga RM399

    Hari ini, HUAWEI mengumumkan HUAWEI FreeBuds 5i, fon telinga True Wireless Stereo (TWS) yang membawakan kualiti bunyi sterling, pembatalan hingar aktif (ANC) dengan berbilang mod dan equalizer (EQ) serta sambungan dwi peranti.

    Bekas pengecasan HUAWEI FreeBuds 5i hadir dengan reka bentuk batu kerikil ringkas dengan permukaan bertekstur melalui teknik salutan dakwat. Ia disediakan dalam warna Isle Blue, Nebula Black dan Ceramic White. Beratnya hanya 4.9g dan fon telinga ini berukuran 29mm, 7mm lebih pendek jika dibandingkan  dengan FreeBuds 4i.

    Ia mendapat pensijilan Hi-Res Audio Wireless Hi-Res dan menyediakan kesan Multi-EQ membolehkan pendengar melaraskan audio seperti memilih mod rangsangan Bass atau Treble untuk pengalaman mendengar yang mengasyikkan.

    Ia dilengkapi dengan ANC dwi-mikrofon dan teknologi pembatalan hingar hibrid untuk mengesan bunyi luaran dan mengambil bunyi tambahan memberikan kedalaman ANC maksimum sehingga 42dB.  Anda juga boleh memilih mod ANC Ultra, Umum dan Cozy  mengikut cita rasa pendengaran anda.

    Hayat baterinya mampu bertahan sehingga 28 jam dengan keupayaan pengecasan pantas untuk menyokong main balik audio selama 4 jam hanya dengan pengecasan selama 15 minit. Selain itu, fon telinga ini membolehkan anda mengambil gambar dari jauh dengan mengetuk fon telinga sebanyak dua kali.

    Spesifikasi lain termasuk rintangan kalis air IP54 dan sambungan dwi peranti di manapengguna boleh berhubung antara peranti dengan sistem Android, IOS dan Windows. 

    Bermula hari ini sehingga 2 Februari 2023, pengguna boleh menikmati baucar diskaun bernilai RM10 di samping rebat tunai RM50 bagi pembelian HUAWEI FreeBuds 5i. Peranti ini boleh didapati di seluruh negara bermula 3 Februari 2023 pada harga RM399 melalui kedai pengalaman HUAWEI,  laman web rasmi HUAWEI,   Shopee,  Lazada dan  kedai rakan kongsi HUAWEI yang sah.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...