Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate 50 mungkin tidak akan dilancarkan pada tahun ini

HUAWEI sudah pun mengesahkan kewujudan telefon pintar andalan HUAWEI P50 sebelum ini namun mereka masih belum melancarkan produk tersebut secara rasmi. Sungguh pun begitu, pengesahan bahawa ia masih akan dilancarkan adalah lebih baik berbanding HUAWEI Mate 50 yang dikhabarkan mungkin tidak akan dilancar pada tahun ini.

HUAWEI dilaporkan sedang mengalami kesukaran dalam menghasilkan telefon pintar kerana sekatan dagangan yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa tahun lalu. Oleh yang demikian, tahun ini mungkin bakal menjadi tahun pertama siri HUAWEI Mate tidak dilancarkan sejak pengenalannya pada 2013.

Syarikat teknologi China itu kini akan menumpukan usahanya untuk penghasilan telefon HUAWEI P50. Selain itu, HUAWEI juga akan memfokuskan pada pengguna sedia ada dengan menawarkan program seperti penukaran bateri, permukaan belakang telefon, skrin, papan induk dan kamera dengan harga yang murah.

Siri HUAWEI P50 telah pun mengalami pelancaran yang lebih lewat berbanding siri HUAWEI P sebelum ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNBeta

Exit mobile version