fbpx
More

    HUAWEI Mate 50 mungkin tidak akan dilancarkan pada tahun ini

    HUAWEI sudah pun mengesahkan kewujudan telefon pintar andalan HUAWEI P50 sebelum ini namun mereka masih belum melancarkan produk tersebut secara rasmi. Sungguh pun begitu, pengesahan bahawa ia masih akan dilancarkan adalah lebih baik berbanding HUAWEI Mate 50 yang dikhabarkan mungkin tidak akan dilancar pada tahun ini.

    HUAWEI dilaporkan sedang mengalami kesukaran dalam menghasilkan telefon pintar kerana sekatan dagangan yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa tahun lalu. Oleh yang demikian, tahun ini mungkin bakal menjadi tahun pertama siri HUAWEI Mate tidak dilancarkan sejak pengenalannya pada 2013.

    Syarikat teknologi China itu kini akan menumpukan usahanya untuk penghasilan telefon HUAWEI P50. Selain itu, HUAWEI juga akan memfokuskan pada pengguna sedia ada dengan menawarkan program seperti penukaran bateri, permukaan belakang telefon, skrin, papan induk dan kamera dengan harga yang murah.

    Siri HUAWEI P50 telah pun mengalami pelancaran yang lebih lewat berbanding siri HUAWEI P sebelum ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNBeta

     

    Artikel Terkini

    OnePlus Nord 4 mungkin akan dilancar pada bulan Julai 2024

    Kali terakhir OnePlus melancarkan telefon pintar adalah untuk OnePlus Nord CE4 pada bulan April lalu. Kini syarikat teknologi China itu mungkin akan...

    Anwar: AI di Malaysia perlu ada unsur Islamik, tidak berpandukan Barat

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bidang kecerdasan buatan (AI) di Malaysia perlu diterapkan dengan nilai-nilai keilmuan turath (ilmu warisan Islam)...

    vivo Malaysia anjurkan promosi 6.6 di Shopee dan Lazada, telefon serendah RM316 sahaja

    vivo Malaysia akan menganjurkan kempen promosi khas sempena musim jualan 6.6 iaitu Lazada 6.6 Super WOW SALE dan Shopee 6.6 Super Mid...

    Kerajaan akan anjur kempen keselamatan dalam talian khas untuk kanak-kanak dan keluarga

    Bagi memupuk dan mendidik kesedaran awal berkenaan keselamatan dalam alam siber dalam kalangan kanak-kanak, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, berkata kementeriannya akan...

    realme C63 dilancar, dilengkapi skrin 90Hz, cas pantas 45W, bateri 5,000mAh bermula ~RM560

    realme telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan di Indonesia iaitu realme C63. Sebagai peranti dalam siri realme C, ia merupakan telefon...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X