Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate 60 Pro+ dilancar, cerminan Mate 60 dengan sokongan panggilan suara satelit

Berikutan pelancaran Mate 60 dan Mate 60 Pro , HUAWEI kini telah mengeluarkan model teratas dalam siri ini iaitu HUAWEI Mate 60 Pro+. Ia sama seperti varian Pro tetapi dengan penambahan panggilan suara satelit. Namun, HUAWEI masih membisu mengenai cipset yang menjana siri Mate di mana ia berkemungkinan besar ialah Kirin 9000s 7nm.

Ia dipasangkan dengan RAM 16GB (varian Pro menggunakan RAM 12GB) dan storan 512GB atau 1TB. Ini boleh dikembangkan melalui format kad Memori Nano (NM) HUAWEI. Paparannya 6.82 inci LTPO OLED sama seperti Pro tetapi lebih tajam sedikit dengan resolusi 1,260 x 2,720px.

Panel yang digunakan adalah 10-bit dengan kadar segar semula antara 1Hz hingga 120Hz dan mempunyai pensampelan sentuhan 300Hz. Kecerahan dikawal oleh pemalapan PWM frekuensi tinggi 1,440Hz. Kaca Kunlun generasi kedua menawarkan perlindungan skrin dan telefon itu sendiri dinilai IP68 serta boleh bertahan setengah jam pada kedalaman 6m/20kaki.

Pro+ juga mempunyai tiga lubang tebuk pada paparan iaitu satu untuk kamera swafoto 13MP dan dua untuk sistem ToF 3D. Bagi kamera belakang pula, kamera utama mempunyai sensor 48MP OIS dengan apertur berubah-ubah (f/1.4-f/4.0), kamera periskop 48MP dan lensa 90mm f/3.0 dengan OIS. 

Kamera ultra lebar pula telah dinaik taraf kepada sensor 40MP (meningkat daripada 12MP daripada Mate 60). Baterinya kapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 88W melalui USB-C (USB 3.1 Gen 1) atau pada 50W secara wayarles. Terdapat juga pengecasan wayarles terbalik 20W. Ciri sambungan termasuk Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dengan codec LDAC dan L2HC. 

Malangnya, harga untuk HUAWEI Mate 60 Pro+ masih belum didedahkan lagi. Nantikan kemunculan jika ia dipasarkan untuk pasaran global. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HUAWEI

Exit mobile version