Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate X7 akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada 11 Disember 2025

Selepas telefon lipat HUAWEI Mate X7 diperkenalkan buat kali pertama di China pada minggu lalu, kini HUAWEI mengumumkan bahawa ia akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada hari Khamis, 11 Disember 2025 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ini bakal menjadikannya telefon lipat terakhir yang akan dilancar untuk tahun ini. Ia serupa seperti generasi sebelumnya, HUAWEI Mate X6, yang dilancar untuk pasaran antarabangsa pada Disember 2024 dan merupakan telefon lipat terakhir yang dilancar pada tahun lalu.

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan Mate X7 untuk pasaran Malaysia, namun besar kemungkinan ia akan turut dilancar di sini dalam masa terdekat. Sebagai rujukan, Mate X6 telah dilancar di Malaysia pada 18 Disember 2024 dan dijual pada harga RM8,688.

Pilihan warna HUAWEI Mate X7

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI Mate X7, anda boleh baca artikel pelancarannya di sini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI Mate X7 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HUAWEI UAE

Exit mobile version