More

    HUAWEI Mate X6 rasmi di Malaysia dengan rekaan ultra nipis dan ringan, berharga RM8,688

    HUAWEI Malaysia secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X6, telefon pintar lipat perdana terbaharu yang dilengkapi teknologi terkini untuk memenuhi keperluan pengguna moden. Bersama pelancaran ini, turut diperkenalkan siri HUAWEI nova 13 dan HUAWEI FreeBuds Pro 4.

    HUAWEI Mate X6 hadir dengan rekaan yang ringan, tahan lasak dan teknologi kamera canggih. Didatangkan dengan reka bentuk unik Space-Age Orbit Camera dan kemasan eksklusif Nebula Grey Vegan Fibre, Mate X6 menyeimbangkan antara elegan dan fungsi. Peranti ini dilengkapi kamera 50MP Ultra Aperture Camera, ultra lebar 40MP dan telefoto mikro 48MP.

    HUAWEI Mate X6 hadir dengan paparan OLED untuk skrin utama bersaiz 7.93 inci dengan resolusi 2440 × 2240 piksel manakala skrin penutupnya bersaiz 6.45 inci dengan resolusi 2440 × 1080 piksel. Selain itu, teknologi skrin LTPO segar semula adaptif 1-120 dan pemalapan PWM frekuensi tinggi 1440Hz memberikan peralihan skrin yang lancar dan selesa.

    Mate X6 juga dilengkapi ciri Live Multi-task yang membolehkan pengguna menjalankan sehingga tiga aplikasi serentak pada skrin dalaman. HUAWEI Mate X6 boleh didapati dalam tiga warna iaitu Nebula Red, Nebula Grey dan Black. Harga rasmi ialah RM3,.

    Tempahan dibuka bermula 18 Disember 2024 hingga 10 Januari 2025 melalui HUAWEI Experience Stores, laman rasmi HUAWEI dan platform dalam talian seperti Shopee, Lazada serta TikTok Shop. Pelanggan yang membuat tempahan akan menerima pelbagai hadiah eksklusif termasuk HUAWEI Watch Ultimate, perlindungan skrin percuma selama 1 tahun dan rebat tukar beli sehingga RM2,000 untuk model HUAWEI terpilih seperti HUAWEI P50 dan ke atas.

    Selain itu, pelanggan juga boleh menebus baucar bernilai lebih RM600 melalui HUAWEI AppGallery termasuk 14 hari percubaan percuma di Celebrity Fitness, baucar filem percuma di Dadi Cinema, diskaun 50% di Superfoods, diskaun 25% untuk kadar terbaik di Lexis Hotel Group dan baucar RM5 di Salad Atelier.

    Spesifikasi lengkap HUAWEI Mate X6:

    • Paparan: Skrin utama 7.93 inci OLED dengan resolusi 2440 × 2240 piksel, 1.07 bilion warna, dan kadar segar semula adaptif 1-120 Hz LTPO. Skrin penutup 6.45 inci OLED dengan resolusi 2440 × 1080 piksel, 1.07 bilion warna, dan kadar segar semula adaptif 1-120 Hz LTPO.
    • Cipset Kirin 9020
    • RAM 12 GB
    • Storan dalaman 512 GB
    • Kamera belakang 50MP Ultra Aperture Camera (F1.4-F4.0, RYYB, OIS), 40 MP Ultra-Wide Angle Camera (F2.2, RYYB) dan 48 MP Telephoto Macro Camera (F3.0, RYYB, OIS). 1.5 M Spectral Channels Ultra Chroma Camera
    • Kamera swafoto: Lipat: 8 MP (F2.4) dan Buka: 8 MP (F2.2)
    • Bateri berkapasiti 5110 mAh dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge (berwayar maksimum 66 W, wayarles 50W)
    • Ciri sorotan lain termasuk ketahanan air IPX8, sokongan multitugas sehingga tiga aplikasi serentak
    • Sistem operasi EMUI 15.0
    • Ukuran badan: Tinggi 156.6 mm x lebar 73.78 mm (lipat) / 144.04 mm (buka)
    • Ketebalan: 9.85 mm (lipat, Vegan Fiber) / 4.6 mm (buka)
    • Berat: 239 g
    • Warna: Nebula Red, Nebula Grey, Black
    • Harga: RM8,688

    Sebagai tambahan, HUAWEI Mate X6 boleh dimiliki melalui pelan ansuran Maxis Zerolution serendah RM220 sebulan dengan pelan ansuran 36 bulan di bawah Maxis Postpaid 109. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI Mate X6 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...