Site icon TechNave BM

Huawei Mate Xs 5G bakal tiba di Malaysia pada 20 Mac ini – Apa kata selebriti Malaysia?

Bermulanya penukaran tarikh 25 Februari 2020, Huawei memulakan hari dengan melancarkan beberapa produk termasuk Huawei Mate Xs. Telefon boleh lipat 5G pertama di Malaysia ini bakal hadir pada 20 Mac ini.

Sepintas lalu, Huawei Mate Xs dilengkapi cipset Kirin 990 5G dengan paparan boleh lipat 8 inci. Peranti ini hadir dengan kapasiti bateri 4500mAh dan pengecas pantas Ultra Fast 55W SuperCharge. Huawei Mate Xs 5G dihuni tetapan kamera quad SuperSensing Leica 40MP + 16MP (ultra-lebar) + 8MP (telefoto) + 3D Sensing Camera. Bukan itu sahaja, tetapan kameranya menyokong kombinasi OIS dan Penstabilan Imej AI dengan zum hibrid 30X.

Apa pun, pasti anda tertanya-tanya apakah pandangan kami mengenai Huawei Mate Xs ini. Kami akan menunggu peluang lain untuk mengulas mengenainya, tetapi anda boleh melihat apa kata selebriti Malaysia mengenai peranti ini. Jom lihat video di bawah!

Walaupun secara rasminya Huawei Mate Xs bakal hadir di Malaysia pada 20 Mac ini, namun kami akan memaklumkan kembali mengenai harga rasminya di Malaysia. Adakah anda tergoda dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Exit mobile version