Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate40E dilancar: Kirin 990E, kamera Leica 64MP, cas 40W bermula ~RM2,914

Siri HUAWEI Mate40 telah mula dilancar pada Oktober 2020. Ia terdiri daripada HUAWEI Mate40, HUAWEI Mate40 Pro dan HUAWEI Mate40 Pro Plus. Pada awal bulan Februari lalu, HUAWEI P40 4G turut dilancar. Industri telefon pintar kini menyaksikan pula kehadiran HUAWEI Mate40E.

HUAWEI Mate40E dilengkapi cipset 7nm dengan proses EUV Kirin 990E, skrin OLED FHD+ 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan menyokong cas pantas 40W. Peranti ini memiliki kamera, sokongan cas pantas dan beberapa spesifikasi yang berbeza dengan siri HUAWEI Mate40 sebelum ini.

Berikut adalah spesifikasi HUAWEI Mate40E:

Setakat ini, HUAWEI Mate40E hanya dijual di pasaran China sahaja. Untuk rujukan, anda boleh melihat senarai harga di pasaran China seperti di bawah

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita mengenai HUAWEI yang terkini.

Sumber: HUAWEI

Exit mobile version