More

    HUAWEI Mate40E dilancar: Kirin 990E, kamera Leica 64MP, cas 40W bermula ~RM2,914

    Siri HUAWEI Mate40 telah mula dilancar pada Oktober 2020. Ia terdiri daripada HUAWEI Mate40, HUAWEI Mate40 Pro dan HUAWEI Mate40 Pro Plus. Pada awal bulan Februari lalu, HUAWEI P40 4G turut dilancar. Industri telefon pintar kini menyaksikan pula kehadiran HUAWEI Mate40E.

    HUAWEI Mate40E dilengkapi cipset 7nm dengan proses EUV Kirin 990E, skrin OLED FHD+ 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan menyokong cas pantas 40W. Peranti ini memiliki kamera, sokongan cas pantas dan beberapa spesifikasi yang berbeza dengan siri HUAWEI Mate40 sebelum ini.

    Berikut adalah spesifikasi HUAWEI Mate40E:

    • Cipset Kirin 990E
    • RAM 8GB + storan 128GB/256GB
    • Paparan lengkung OLED FHD+ 6.5 inci
    • Kamera utama Leica 64MP + 16MP (ultra lebar) + 8MP (telefoto, sokongan penstabilan OIS)
    • Kamera swafoto 13MP
    • Bateri 4200mAh
    • Sokongan cas pantas 40W dan pengecasan berbalik
    • Sokongan kadar segar semula 90Hz + kadar bacaan sentuhan 240Hz
    • Pilihan warna Bright Black, Secret Silver dan Glaze White

    Setakat ini, HUAWEI Mate40E hanya dijual di pasaran China sahaja. Untuk rujukan, anda boleh melihat senarai harga di pasaran China seperti di bawah

    • 8GB + 128GB = 4599 Yuan (~RM2,914)
    • 8GB + 256GB = 5099 Yuan (~RM3,231)

    Adakah anda berminat dengan peranti ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita mengenai HUAWEI yang terkini.

    Sumber: HUAWEI

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured