Site icon TechNave BM

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition dilancar: SD 7 Gen 1, RAM 8GB dan bateri 7,700mAh

HUAWEI MatePad 11.5 tiba di Malaysia bulan lepas dan kini peranti baharu telah tiba dalam barisan MatePad iaitu HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition.

Untuk makluman anda, varian PaperMatte menggunakan cipset Snapdragon 7 Gen 1, RAM 8GB dan storan 256GB. Ia juga menampilkan Cortex-A710@2.40 GHz + 3 × Cortex-A710@2.36 GHz + 4 × Cortex-A510@1.80 GHz CPU dan Adreno 644 GPU. Selain itu, peranti ini menjalankan HarmonyOS terkini untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.

Peranti ini memaparkan skrin IPS LCD 120Hz 11.5 inci dengan resolusi 2.2K, nisbah skrin-ke-badan 86% dan menerima Pensijilan Cahaya Biru Rendah (Penyelesaian Perkakasan) TÜV Rheinland. Ia serasi dengan HUAWEI M-Pencil (generasi ke-2) yang menawarkan sensor tekanan 4096 tahap.

Dalam pada itu, ia memaparkan kamera belakang 13MP (f/1.8 aperture, AF) dan kamera hadapan 8MP (f/2.2 aperture, fixed focal length). Ia juga menempatkan bateri 7,700mAh dan menyokong pengecasan pantas 10 V/2.25 A (maksimum) serta serasi dengan kabel pengecasan pantas 9 V/2 A. Menariknya, ia mempunyai sensor cahaya ambien, sensor Graviti dan sensor Hall.

Peranti baharu ini dilengkapi dengan kain penggilap, kabel UCB-C, pengecas, panduan Mula Pantas dan kad jaminan. Kami masih belum mengesahkan butiran lain mengenai peranti ini atau tarikh ketibaannya di Malaysia. Walau bagaimanapun, kita boleh mengandaikan bahawa ia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version