Terbaharu, HUAWEI telah melancarkan dua peranti baharu untuk pasaran Malaysia iaitu HUAWEI Band 11 dan HUAWEI MatePad 11.5 Standard Edition. HUAWEI MatePad 11.5 Standard Edition dilancarkan sebagai tablet serba guna untuk kerja, pembelajaran dan hiburan dengan paparan 11.5 inci HUAWEI FullView beresolusi 2.5K.
Selain itu, peranti ini dilengkapi sistem audio quad-speaker dengan Histen 9.0 serta bateri berkapasiti 10,100mAh yang menyokong pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W. Ia turut menyokong PC-level WPS Office 3.0, stilus HUAWEI M-Pencil generasi ketiga, aplikasi HUAWEI Notes dan GoPaint serta fungsi multi-window untuk multitugas.
HUAWEI MatePad 11.5 Standard Edition ditawarkan pada harga RM1,299 bersama pakej hadiah bernilai sehingga RM1,305 yang merangkumi HUAWEI M-Pencil generasi ketiga, tetikus Bluetooth HUAWEI, HUAWEI FreeBuds SE 3, WPS Office PC-level serta jaminan APAC satu tahun.
HUAWEI Band 11 pula tampil dengan rekaan lebih nipis dan ringan berbanding generasi sebelumnya bersama paparan lebih besar serta cerah bagi memastikan maklumat mudah dilihat walaupun di bawah cahaya terang.
Ia menyokong pelbagai fungsi kesihatan termasuk pemantauan tidur lanjutan, analisis HRV, pemantauan emosi, penjejakan kitaran haid, amaran kesihatan proaktif dan menyokong pembayaran QR e-wallet Touch ‘n Go terus dari pergelangan tangan.
Peranti ini turut menyokong pelbagai muka jam dan ditawarkan pada harga bermula RM189 dengan pakej tempahan termasuk jaminan APAC satu tahun bernilai sehingga RM129 serta langganan Health+ dan Watch Face Membership selama satu bulan pada harga RM1.09.
Kedua-dua peranti kini tersedia melalui HUAWEI Experience Store, laman rasmi HUAWEI serta stor rasmi HUAWEI di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

