More

    HUAWEI MatePad 11.5 Standard Edition rasmi di Malaysia bersama Band 11, harga bermula RM189

    Terbaharu, HUAWEI telah melancarkan dua peranti baharu untuk pasaran Malaysia iaitu HUAWEI Band 11 dan HUAWEI MatePad 11.5 Standard Edition. HUAWEI MatePad 11.5 Standard Edition dilancarkan sebagai tablet serba guna untuk kerja, pembelajaran dan hiburan dengan paparan 11.5 inci HUAWEI FullView beresolusi 2.5K.

    Selain itu, peranti ini dilengkapi sistem audio quad-speaker dengan Histen 9.0 serta bateri berkapasiti 10,100mAh yang menyokong pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W. Ia turut menyokong PC-level WPS Office 3.0, stilus HUAWEI M-Pencil generasi ketiga, aplikasi HUAWEI Notes dan GoPaint serta fungsi multi-window untuk multitugas.

    HUAWEI MatePad 11.5 Standard Edition ditawarkan pada harga RM1,299 bersama pakej hadiah bernilai sehingga RM1,305 yang merangkumi HUAWEI M-Pencil generasi ketiga, tetikus Bluetooth HUAWEI, HUAWEI FreeBuds SE 3, WPS Office PC-level serta jaminan APAC satu tahun.

    HUAWEI Band 11 pula tampil dengan rekaan lebih nipis dan ringan berbanding generasi sebelumnya bersama paparan lebih besar serta cerah bagi memastikan maklumat mudah dilihat walaupun di bawah cahaya terang.

    Ia menyokong pelbagai fungsi kesihatan termasuk pemantauan tidur lanjutan, analisis HRV, pemantauan emosi, penjejakan kitaran haid, amaran kesihatan proaktif dan menyokong pembayaran QR e-wallet Touch ‘n Go terus dari pergelangan tangan.

    Peranti ini turut menyokong pelbagai muka jam dan ditawarkan pada harga bermula RM189 dengan pakej tempahan termasuk jaminan APAC satu tahun bernilai sehingga RM129 serta langganan Health+ dan Watch Face Membership selama satu bulan pada harga RM1.09.

    Kedua-dua peranti kini tersedia melalui HUAWEI Experience Store, laman rasmi HUAWEI serta stor rasmi HUAWEI di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured