Site icon TechNave BM

HUAWEI MatePad Pro dengan HarmonyOS 2 akan dilancar di Malaysia pada 10 Jun

Semalam, HUAWEI telah pun melancarkan pelbagai produk baru yang akan menyokong sistem operasi HarmonyOS 2, termasuklah tablet HUAWEI MatePad Pro terkini yang dilengkapi cipset Kirin 9000E. Kini, laman web HUAWEI Malaysia telah mengumumkan bahawa tablet tersebut bakal dilancar dalam pasaran tempatan pada 10 Jun jam 12:00 tengah hari.

Varian yang akan dilancar pada tarikh tersebut adalah skrin OLED 12.6 inci yang turut dilengkapi HarmonyOS 2. Sistem operasi tersebut membenarkan MatePad Pro untuk digunakan bersama pelbagai peranti HUAWEI dengan mudah, seperti perkongsian skrin dengan komputer, pembesar suara atau televisyen.

Ia turut dilengkapi bateri besar 10,050mAh yang menyokong pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W yang boleh mengecas penuh sepantas 2 jam 10 minit sahaja, manakala bateri penuh boleh menguasai peranti ini sehingga 14 jam. Daripada segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 13MP, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 3D.

Ia turut menyokong penggunaan M-Pencil untuk tulisan dan lukisan pada skrin. Pengguna juga boleh membeli papan kekunci Bluetooth jika mereka ingin menggunakan tablet ini seperti komputer riba.

Berikut adalah spesifikasi penuh HUAWEI MatePad Pro:

Setakat ini, HUAWEI Malaysia masih belum mengumumkan harga untuk produk ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version