More

    HUAWEI Watch 3, MatePad Pro, FreeBuds 4 dan MateView dilancar dengan HarmonyOS

    HUAWEI hari ini telah melancarkan beberapa produk di samping melancarkan kemas kini terbaru untuk sistem operasi HarmonyOS. Produk yang telah dilancarkan adalah jam tangan HUAWEI Watch 3 Pro, tablet HUAWEI MatePad Pro, monitor HUAWEI MateView dan fon telinga wayarles HUAWEI FreeBuds 4. Selain itu, HUAWEI turut memperkenalkan rupa telefon pintar HUAWEI P50 namun spesifikasi penuh telefon itu masih belum dilancar.

    HUAWEI Watch 3 dan Watch 3 Pro

    HUAWEI Watch 3 dilengkapi roda kawalan (rotating crown) yang boleh diputar dan ditekan untuk berinteraksi dengan pelbagai menu dalam jam tersebut. Ia turut dilengkapi skrin AMOLED berukuran 1.43 inci 60Hz dengan keterangan 1000 nits dan ketumpatan piksel 326ppi.

    Jam tangan ini menawarkan pelbagai fungsi termasuk menjawab panggilan, memainkan muzik, boleh dipautkan kepada pelbagai kad kredit untuk pembayaran digital dan boleh dipautkan dengan kereta pintar untuk berinteraksi dengan kereta tersebut.

    Daripada segi kesihatan, ia menyokong lebih 100 sukan, pengukuran degupan jantung, suhu badan dan tahap glukosa, serta sensor jatuh (fall detection) yang akan membenarkan jam untuk memanggil perkhidmatan kecemasan jika penggunanya terjatuh. Ia dilengkapi bateri yang boleh tahan sehingga empat hari dalam Smart Mode atau 14 hari dalam Ultra-Battery Mode.

    Buat mereka yang menginginkan rekaan jam tangan mewah pula, HUAWEI Watch 3 Pro menampilkan badan yang dibuat daripada titanium serta permukaan belakang seramik. Ia mempunyai spesifikasi dan fungsi yang serupa dengan HUAWEI Watch 3, namun baterinya lebih besar dan boleh tahan selama tujuh hari dalam Smart Mode serta 21 hari dalam Ultra-Battery Mode.

    HUAWEI MatePad Pro

    Tablet ini dilengkapi skrin OLED 12.6 inci yang mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90%, gamut warna Delta E bawah 0.5, DCI-P3 dan nisbah kontras 1,000,000:1. Ia turut dilengkapi lapan pembesar suara, empat mikrofon dan menyokong penggunaan papan kekunci Bluetooth serta stilus HUAWEI M-Pencil.

    Tablet ini dilengkapi cipset Kirin 9000E, kamera utama 13MP, kamera ultra-lebar, sensor kedalaman 3D, sokongan Wi-Fi 6+, bateri 10,050mAh yang boleh bertahan selama 14 jam dan merupakan tablet pertama yang dipasarkan bersama sistem operasi HarmonyOS.

    HUAWEI turut menawarkan varian yang lebih kecil iaitu saiz skrin 10.8 inci yang dilengkapi cipset Snapdragon 870.

    "
    "

    HUAWEI MateView

    Monitor wayarles ini berukuran 28.2 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 94%, resolusi 4K, gamut warna DCI-P3 98%, keterangan 500 nits dan dwi-pembesar suara stereo.

    HUAWEI turut melancarkan MateView GT untuk kegunaan gaming di mana ia mempunyai bentuk melengkung, berukuran 34 inci, mempunyai kadar segar semula 165Hz serta lengkap dengan mikrofon.

    HUAWEI FreeBuds 4

    Fon telinga wayarles terbaru oleh HUAWEI ini adalah 6.3% lebih kecil berbanding FreeBuds 3 dan mempunyai berat 4.1 gram sahaja untuk satu fon telinga. Ia dilengkapi pemacu 40Hz dan teknologi Independent Bass Engine yang meningkatkan kualiti bass sebanyak 50%.

    Ia turut dilengkapi teknologi pembatalan hingar (ANC) yang boleh dilaras mengikut bentuk lubang telinga pengguna dan menawarkan pembatalan hingar sehingga 25db.

    HUAWEI P50

    HUAWEI turut mengumumkan kewujudan telefon pintar andalan HUAWEI P50 dengan menunjukkan rupa bentuk bonggol kameranya yang sangat menarik. Walau bagaimanapun, pelancaran penuh akan dibuat dalam masa terdekat.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...