Site icon TechNave BM

HUAWEI mengesahkan kerjasamanya dengan Leica Camera berakhir dua bulan lalu

Xiaomi telah mengumumkan kerjasamanya yang terbaru dengan syarikat fotografi dari Jerman, Leica Camera. Dengan kerjasama di antara dua syarikat terkenal ini, mereka bakal melancarkan sebuah telefon pintar pada bulan Julai 2022 yang akan dilengkapi teknologi fotografi canggih.

Berita terbaru pula di mana HUAWEI mengesahkan kepada media bahawa kerjasamanya dengan Leica Camera telah pun berakhir pada 31 Mac 2022. Jenama Leica pada siri HUAWEI P50 merupakan kali terakhir. Jika dilihat semula, HUAWEI Mate Xs 2 dan HUAWEI P50 Pocket yang diumumkan di Malaysia tidak mempunyai logo Leica mengesahkan berakhirnya kerjasama mereka.

HUAWEI mula menggunakan kepakaran Leica Camera pada tahun 2016 dengan siri HUAWEI P9 dan kemudiannya berkembang ke siri Mate. Prestasi kamera siri HUAWEI P & Mate telah dipuji sebagai salah satu yang terbaik dalam industri. 

Walau bagaimanapun, sebelum ini terdapat beberapa kali HUAWEI dikenal pasti menggunakan gambar daripada kamera DSLR untuk mempromosikan telefon mereka dan bukannya gambar yang diambil daripada telefon tersebut.

Jenama kamera apakah yang akan digunakan HUAWEI selepas ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Authority

Exit mobile version