More

    HUAWEI P50 Pocket dilancar di Malaysia: SD 888, OLED 6.9” 120Hz dan kamera 40MP bermula RM5,999

    Pada hari ini, HUAWEI Malaysia telah melancarkan telefon pintar baharunya iaitu HUAWEI P50 Pro dan telefon pintar boleh-lipat HUAWEI P50 Pocket. HUAWEI P50 Pocket menampilkan reka bentuk estetik dalam warna putih dan Premium Gold. 

    Telefon pintar HUAWEI P50 Pocket hadir dengan Optik XD HUAWEI dan Enjin Imej XD Fusion Pro yang canggih untuk imej yang jelas dengan kadar dinamik yang tinggi dan tangkapan pintar yang dipertingkatkan melalui Rakaman Kroma Sebenar. Ia menggunakan reka bentuk dwi-bulatan yang terdapat pada siri HUAWEI P50 di mana satu bulatan untuk modul kamera dan satu untuk Skrin Luaran pintar. Terdapat satu warna ekslusif iaitu warna Premium Gold untuk HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium yang direka oleh pereka Haute Couture, Iris Van Herpen berinspirasikan prinsip “simbiosis”.

    Telefon pintar ini juga mempunyai keupayaan lipatan yang lancar, ultra nipis dan ringan dengan paparan 6.9 inci serta nisbah paparan 21:9. Ia membawa kadar penyegaran semula 120Hz, kadar pensampelan sentuh 300Hz dan sokongan pemalapan PWM berfrekuensi tinggi 1440Hz. Paparan yang digunakan dapat melindungi mata pengguna walaupun menggunakan telefon dalam masa yang agak lama.

    Kamera Matrik Ultra Spektrum P50 Pocket hadir dengan kamera kroma sebenar 40MP, ultra sudut lebar 13MP, kamera ultra spektrum 32MP dan lain-lain. Ia memberikan imej yang lebih perinci dan jelas pada waktu siang dan malam kerana Optik XD HUAWEI dan enjin imej kroma sebenar. Ciri Ultra Spectrum Fluorescence Photograpgy boleh menangkap imej secara dekat dan butiran yang tidak dapat dilihat oleh mata pengguna.

    Skrin Luaran HUAWEI P50 Pocket menyokong paparan notifikasi, jadual, kalendar, muzik, cuaca dan kawalan pelbagai ciri serta mengubahsuai skrin luaran mengikut pilihan pengguna. Pengguna boleh memuat turun aplikasi kegemaran mereka dari AppGallery yang tersedia di dalam telefon pintar HUAWEI seperti AirAsia, Boost, Grab, Shopee, Syok, TGV, Zus Coffee dan banyak lagi. Pengguna juga boleh mencari dan memuat turun aplikasi mudah alih dan nikmati pelbagai hadiah ekslusif, rebat, kupon dan faedah VIP.

    Pengguna boleh membuat pra-tempahan untuk HUAWEI P50 Pocket pada harga RM5,999 bermula dari 22 Januari 2022 manakala HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium boleh didapati untuk pra-tempahan pada harga RM7,299. HUAWEI P50 Pocket dan HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium boleh didapati di HUAWEI Official Website, HUAWEI Experience Stores, platform dan kedai rasmi bermula dari 22 Februari 2022. Anda juga berpeluang untuk mendapat hadia percuma bernilai sehingga RM2,700 bagi setiap pra-tempahan HUAWEI P50 Pocket.

    Anda boleh lawati HUAWEI Experience Store terdekat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Aktiviti Trade-Up dan peranti yang telah dilancarkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...