Site icon TechNave BM

HUAWEI mungkin akan gunakan cipset Qualcomm Snapdragon untuk HUAWEI P50

Telefon pintar andalan HUAWEI P50 telah pun diumumkan oleh CEO HUAWEI beberapa bulan lalu, namun ia masih belum dilancarkan secara rasmi. Antara masalah yang terpaksa dihadapi oleh HUAWEI dalam mengilangkan telefon tersebut adalah kekurangan bekalan cipset Kirin 9000 untuk dilengkapkan dalam peranti itu.

Bagi menyelesaikan masalah kekurangan cip ini, HUAWEI dikhabar akan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon dalam siri HUAWEI P50. Walau bagaimanapun, memandangkan Qualcomm adalah syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS), HUAWEI terpaksa mematuhi beberapa syarat jika mereka ingin menggunakan cipset Snapdragon.

Sebagai contoh, HUAWEI perlu berhenti menghasilkan cipset Kirin 9000 yang baru. Di samping itu, HUAWEI juga perlu menerima cipset Snapdragon yang tidak menyokong rangkaian 5G, oleh itu HUAWEI P50 mungkin akan dilengkapi Snapdragon 888 yang hanya menyokong rangkaian 4G.

Siri HUAWEI P50 dikhabar akan terdiri daripada HUAWEI P50 dan HUAWEI P50 Pro, di mana HUAWEI P50 akan dilengkapi cipset Snapdragon manakala HUAWEI P50 Pro akan dilengkapi cipset Kirin 9000. Ia dijadualkan untuk dilancar secara rasmi pada bulan Ogos.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HUAWEI P50 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version