Site icon TechNave BM

HUAWEI nova 9 dilancar di Malaysia: OLED 120Hz, cas pantas 66W, kamera kuad 50MP berharga RM1,999

Selepas pelancaran antarabangsanya pada bulan lepas, telefon pintar kelas pertengahan HUAWEI nova 9 akhirnya sudah dilancar untuk pasaran Malaysia pada hari ini dan akan dijual pada harga bermula RM1,999. Telefon ini dilengkapi spesifikasi yang sangat menarik termasuklah skrin OLED 120Hz, pengecasan pantas 66W dan empat kamera 50MP.

Telefon ini menampilkan rekaan melengkung di bahagian sisi dan permukaan kaca berkilauan di bahagian belakang yang terdiri daripada pilihan warna biru Staryy Blue atau hitam. Selain itu, ia turut mempunyai reka bentuk mudah dipegang, dengan ketebalan 7.77mm dan berat 175g sahaja.

Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama Ultra Vision Camera System dengan sensor RYYB Super Sensing untuk menangkap lebih banyak cahaya berbanding sensor RGGB biasa serta teknologi XD Fusion Engine dan Ultra Vision HDR untuk mencantikkan gambar. Ia turut menyokong fungsi Super Night Mode untuk penggambaran malap dan Dual-View untuk rakaman kamera utama dan hadapan serentak.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HUAWEI nova 9:

Pra-tempahan untuk HUAWEI nova 9 akan dibuka bermula 8 hingga 19 November di laman web HUAWEI Malaysia, Shopee dan Lazada. Setiap tempahan akan menerima hadiah percuma seperti fon telinga wayarles HUAWEI FreeBuds Pro (bernilai RM699) dan perkhidmatan langganan HUAWEI Mobile Services (bernilai RM130).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki HUAWEI nova 9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version