More

    HUAWEI MateBook 14s, nova 9 dan WATCH GT 3 dilancar di Malaysia

    HUAWEI telah mengadakan Acara Pelancaran Musim Luruh APAC yang membawakan tiga produk baharu iaitu HUAWEI MateBook 14s, HUAWEI nova 9 dan jam tangan pintar HUAWEI Watch GT 3 Series. Padat dengan ciri pintar yang dinaik taraf, HUAWEI MateBook 14s, HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT 3 Series direka untuk aktiviti seharian termasuk di tempat kerja atau rumah.

    Produk terbaru ini boleh menguruskan kecergasan dan kesihatan serta keseronokan hiburan. Selain itu, ia juga disertakan dengan ciri Signature Kolaborasi Berbilang Peranti HUAWEI yang membolehkan peranti pintar HUAWEI dikawal dengan sebuah peranti sahaja.

    HUAWEI MateBook 14s

    HUAWEI MateBook 14s dikuasakan oleh pemproses siri H Intel CoreTM Generasi ke-11, kad grafik Iris Xe, paparan penuh HUAWEI dengan resolusi 2.5K dan kadar segar semula skrin 90Hz dengan nisbah skrin 3:2. HUAWEI MateBook 14s mempunyai bateri 60Wh dengan sokongan pengecasan 90W yang membolehkan komputer riba ini tahan sehingga 3 jam dengan 15 minit pengecasan.

    Dengan HUAWEI MateBook 14s, pengguna boleh menggunakan aplikasi mudah alih daripada Enjin Aplikasi Mudah Alih seperti penstriman video, maklumat menyemak imbas untuk percutian hujung minggu, membaca berita dan banyak lagi. Peranti ini tersedia dalam dua warna iaitu Spruce Green dan Space Grey.

    Ia mempunyai bezel yang nipis dan nisbah 90 peratus skrin-ke-badan dengan sokongan 100 peratus gamut warna lebar sRGB. Selain itu, terdapat ciri perlindungan mata untuk pengguna dengan pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker Free yang membantu pengguna mengurangkan keletihan mata sekali gus melindungi mata.

    HUAWEI MateBook 14s didatangkan dengan ciri sambungan berbilang peranti iaitu Peranti Super. Dengan langkah yang mudah, ia boleh disambungkan dengan telefon pintar, tablet dan monitor HUAWEI untuk membolehkan kerjasama merentas platform seperti memindahkan fail dengan lancar, tayangan atau menukar tablet menjadi lukisan PAD.

    Harga HUAWEI MateBook 14s bermula daripada RM4,999 dan boleh mula dibuat pra-tempahan dari 28 Oktober sehingga 6 November 2021. Anda boleh mendapatkannya di HUAWEI Store Online, HUAWEI Official Store di Shopee and HUAWEI Flagship Store di Lazada atau dalam aplikasi My HUAWEI.

    Pengguna bakal menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,366 termasuk HUAWEI FreeBuds Pro, Beg galas HUAWEI, tetikus Bluetooth HUAWEI dan langganan 1 tahun Microsoft Office 365 dengan pembelian pra-tempahan HUAWEI MateBook 14s.

    "
    "

    HUAWEI nova 9

    HUAWEI nova 9 hadir dengan kamera utama 50 MP yang mempunyai ciri susunan penapis warna RYYB (CFA) dan enjin XD Fusion dibina untuk meningkatkan kualiti imej serta menghasilkan noise yang lebih rendah ketika merakam gambar dalam cahaya malap.

    Penapis warna RYYB memberikan peningkatan 40% manakala enjin XD Fusion mewarisi algoritma imej utama HUAWEI seperti pencerahan AI dan anti-herotan. Pada bahagian belakangnya terdapat kamera yang mempunyai reka bentuk seperti Star Orbit Ring.

    Kemasan Starry Blue menghasilkan warna yang sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan cahaya. Paparan peranti ini memiliki ukuran 6.57 inci yang menyokong kadar segar semula skrin 120Hz, bateri berkapasiti 4300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge serta menggunakan paparan antara muka EMUI 12.

    Teknologi Touch Turbo baharu yang hadir dalam telefon ini mengoptimumkan kelajuan tindak balas, kestabilan dan ketepatan kawalan sentuhan, membawa pengalaman permainan yang lebih pantas, lebih stabil dan lebih tepat.

    HUAWEI WATCH GT 3 Series

    HUAWEI Watch GT 3 Series menampilkan teknologi AI Running Coach dan mempunyai lebih daripada 100 mod senaman. Selain itu, terdapat lima satelit dan dwi-jalur GNSS yang dinaik taraf boleh menjejaki kedudukan pengguna dengan tepat apabila melakukan aktiviti luar seperti mendaki dan maraton.

    Berdasarkan Truseen 5.0+ iaitu teknologi pemantauan kadar denyutan jantung generasi baharu, HUAWEI WATCH GT 3 Series menyediakan bacaan tepat sepanjang hari bagi pemantauan denyutan jantung, pemantauan SpO2 dan pengesanan suhu kulit untuk membantu pengguna memantau keadaan kesihatan mereka sepanjang hari.

    Bateriya mampu bertahan sehingga 2 minggu dengan sekali cas penuh. Peranti ini diperbuat daripada bahan keluli tahan karat dan reka bentuk mahkota. Ia dikuasakan oleh HarmonyOS dan menyokong aplikasi pihak ketiga.

    HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT 3 Series akan datang ke Malaysia tidak lama lagi. Anda boleh mengikuti perkembangannya di sini. Bagi menyambut HUAWEI Experience Store 10th, HUAWEI kini sedang mengadakan promosi jualan iaitu pengguna berpeluang menerima Kotak Hadiah eksklusif bernilai RM99 dan pelbagai hadiah menarik.

    Selain itu, pengguna juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan hadiah yang menakjubkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi HUAWEI. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk HUAWEI terbaru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...