Huawei P40 Pro: Terbaik Untuk Semua Aplikasi & Fotografi Mantap

Teknologi Huawei Golden Snap dalam Huawei P40 Pro akan membawa fotografi telefon pintar ke tahap yang lebih tinggi! Dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam kamera P40 Pro, korang boleh buang unsur-unsur yang tak dikehendaki dalam gambar korang, menjadikan gambar-gambar korang sangat cantik dengan mudah.

Daripada segi aplikasi pula, Huawei P40 Pro boleh mengendali semua jenis aplikasi, tak kisahlah dari negara atau syarikat mana. Dalam video ini, TechNave akan ajar korang cara untuk memasangkan semua aplikasi kegemaran korang ke dalam Huawei P40 Pro.

Jangan lupa untuk ‘Like’ dan kongsi video ni serta ‘Subscribe’ ke saluran YouTube TechNaveBM!