Site icon TechNave BM

HUAWEI P50 dilancar di Malaysia: SD 888, OLED 6.5″ 90Hz dan pengecasan 66W berharga RM2,999

HUAWEI Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan HUAWEI P50 sebagai tambahan terbaru kepada barisan produk Siri P ikoniknya. HUAWEI Siri P50 kini didatangkan dengan pilihan warna dan harga yang terbaharu. HUAWEI P50 meneruskan ciri istimewa dengan fotografi mantap, reka bentuk estetik dan teknologi terkini.

HUAWEI P50 kini boleh didapati dalam dua kemasan baharu iaitu Cocoa Gold dan Golden Black manakala HUAWEI P50 Pro didatangkan dengan warna Silver Blue baharu memberikannya kemasan agak eksklusif. HUAWEI P50 masih menggunakan kamera yang ditala oleh Leica dengan menampilkan sensor warna 10 saluran dan modul telefoto yang dipertingkatkan.

P50 dilengkapi dengan kamera utama 50MP lensa 23mm dengan apertur f/1.8 dan Penstabilan Imej Optik (OIS). Selain itu, terdapat kamera periskop 12MP lensa f/3.4 dengan OIS yang mempunyai fokus sepanjang 125mm (5x zum dan kamera ultra-lebar 13MP lensa 16mm. Bahagian hadapannya pula mempunyai kamera swafoto 13MP.

HUAWEI P50 hadir dengan cipset Snapdragon 888, RAM 8GB dan storan sehingga 256 GB, slot kad mikroSD dan menjalankan antara muka EMUI 12. Ia juga menggunakan skrin OLED 6.5 inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Baterinya berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W dan memiliki ciri kalis air IP68.

Spesifikasi lengkap HUAWEI P50:

HUAWEI P50 tersedia di Malaysia dengan harga RM2,999. Terdapat promosi bagi tempahan awal bermula dari 19 Mei hingga 26 Mei 2022 dengan peluang mendapatkan HUAWEI Freebuds Lipstick dan tawaran eksklusif HMS berjumlah RM1,000.

Tambahan, harga bagi HUAWEI P50 telah dikemas kini kepada RM3,699 dan tempahan dari 19 Mei hingga 3 Jun 2022 melayakkan anda untuk mendapatkan hadiah percuma seperti HUAWEI Band 6 dan tawaran eksklusif HMS bernilai RM300. Kedua-dua model ini boleh dibeli melalui kedai rasmi HUAWEI, Lazada, Shopee, Harvey Norman, SENHENG dan senQ.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI P50 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version