More

    HUAWEI P50 Pro dilancar di Malaysia: SD 888, OLED 6.6″ 120Hz, kamera zum 200x berharga RM4,199

    Pada hari ini, HUAWEI Malaysia telah melancarkan telefon pintar andalan (flagship) terbaru iaitu HUAWEI P50 Pro. Telefon ini menawarkan fungsi fotografi yang baharu dan canggih, dengan dwi-kamera Dual Matrix Camera Design serta pemprosesan imej HUAWEI XD Optics dan XD Fusion Pro Image Engine.

    HUAWEI XD Optics menggunakan sistem pengiraan (computational) untuk membetulkan kecacatan dalam sistem optik, manakala XD Fusion Pro pula meningkatkan perincian, warna dan jurang dinamik (dynamic range) gambar. Selain itu, teknologi True-Chroma Image Engine pula menghasilkan ketepatan warna yang tinggi bagi menghasilkan gambar mirip objek sebenar.

    Untuk zum pula, ia menyokong zum digital sehingga 200x manakala rakaman video pula boleh dibuat dalam resolusi 4K yang mempunyai penstabilan AIS.

    Daripada segi rekaan luaran pula, ia menampilkan binaan kaca yang melengkung di bahagian sisi dan ditawarkan dalam warna emas Cocoa Gold atau hitam Golden Black. Skrinnya pula menyokong gamut warna P3 penuh sehingga 1.07 bilion warna, kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 300Hz.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HUAWEI P50 Pro:

    • Skrin OLED 6.6 inci 120Hz
    • Cipset Snapdragon 888
    • RAM 8GB, storan 256GB (boleh dibesarkan dengan kad memori NM sebanyak 256GB)
    • Kamera utama 50MP + kamera telefoto 64MP + kamera ultra-lebar 13MP + kamera monokrom 40MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Bateri 4,360mAh
    • Pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 66W, pengecasan wayarles HUAWEI SuperCharge 50W
    • Kalis air IP68
    • Pengimbas cap jari dalam skrin
    • Warna Cocoa Gold atau Golden Black
    • Harga RM4,199

    Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini di laman rasmi HUAWEI Malaysia, kedai fizikal HUAWEI Experience Stores dan pengedar rasmi. Setiap pra-tempahan akan disertakan bersama hadiah percuma seperti jam tangan HUAWEI Watch GT2 Pro (bernilai RM1,199), perkhidmatan HUAWEI Mobile Services sehingga RM244 dan pelbagai baucar bernilai RM600.

    Baucar ini termasuklah diskaun 18% sehingga RM10 untuk EASI, secawan CEO Latte di ZUS Coffee, secawan The Susu di Tealive, baucar popcorn dan minuman di Dadi Cinema, kredit RM30 dalam aplikasi Flexi Parking, tiket Indulge di TGV Cinema, baucar 5 jam untuk aplikasi SOCAR, baucar TREVO sebanyak 50%, baucar Watsons bernilai RM50, baucar Traveloka bernilai RM20, mata 28,888 Boost Stars dalam aplikasi Boost serta baucar AirAsia untuk hotel (RM50), pengangkutan (RM5) dan makanan (RM5).

    HUAWEI P50 Pro akan mula dijual secara rasmi pada 22 Januari 2022.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI P50 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...