Site icon TechNave BM

HUAWEI P50 sah akan dilancar pada 29 Julai

Sebelum ini, terdapat khabar mengatakan HUAWEI bakal melancarkan siri telefon pintar andalan seterusnya, HUAWEI P50, pada 29 Julai. Kini HUAWEI telah pun mengesahkan tarikh pelancaran telefon itu iaitu pada hari Khamis, 29 Julai jam 7:30 malam waktu China (sama waktu dengan Malaysia).

HUAWEI telah pun memuat naik poster khas dalam laman Weibo rasmi mereka untuk memaklumkan tarikh pelancaran tersebut. Mereka dijangka akan melancarkan varian HUAWEI P50 yang menyokong rangkaian 4G LTE sahaja, dilengkapi cipset Snapdragon 888 bagi menggantikan cipset Kirin 9000 yang akan dilengkapkan dalam P50 Pro dan P50 Pro+.

Spesifikasi lain untuk telefon tersebut masih belum diketahui, namun ia dikhabar akan dilengkapi pengecasan pantas 66W dan sensor kamera Sony berukuran 1 inci.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI P50 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version