Site icon TechNave BM

HUAWEI P60 Pro akan dilancar di Malaysia pada 11 Mei 2023

HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan tarikh pelancaran rasminya untuk telefon andalan yang dinanti-nantikan iaitu HUAWEI P60 Pro pada 11 Mei 2023. Sebelum ini, ia telah dilancarkan terlebih dahulu di China menampilkan teknologi fotografi canggih dan spesifikasi terpantas untuk sebuah telefon pintar.

Kamera utamanya mempunyai sensor 50MP dengan nilai apertur f/1.4-f/4.0 dan penstabilan imej optikal (OIS). Ia mempunyai susunan warna RYYB untuk meningkatkan jumlah cahaya yang ditangkap, serta XD Fusion Pro untuk mengambil gambar dengan jurang dynamic range tinggi.

Selain P60 Pro, HUAWEI juga akan memperkenalkan barisan lain seperti telefon boleh lipat ultra nipis dan ringan Mate X3HUAWEI WATCH UltimateHUAWEI WATCH Buds dan HUAWEI FreeBuds 5.

Dalam artikel sebelum ini, HUAWEI juga mengadakan kempen pra-tempah RM1 khusus untuk HUAWEI P60 Pro di mana pelanggan hanya perlu meletakkan deposit RM1 dan menjawab soalan mudah di laman web rasmi HUAWEI untuk berpeluang memenangi hadiah misteri termasuk HUAWEI P60 Pro , HUAWEI Watch Fit, HUAWEI WIFI AX3 Dual-Core dan banyak lagi daripada jumlah hadiah bernilai sehingga RM12,429. 

Pemenang harian akan dipilih secara rawak dan diumumkan di laman web rasmi HUAWEI hari ini dan seterusnya sehingga 11 Mei 2023. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version