More

    Siri HUAWEI P60 dilancar: Telefon premium dengan sistem komunikasi satelit, kamera XMAGE

    HUAWEI telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru di China iaitu HUAWEI P60. Seperti telefon-telefon sebelum ini dalam siri HUAWEI P, siri HUAWEI P60 menampilkan teknologi fotografi canggih dan spesifikasi terpantas untuk sebuah telefon pintar.

    Untuk HUAWEI P60, syarikat itu menggelarkan kameranya sebagai Aurora Eye yang terdiri daripada kamera utama, kamera ultra-lebar dan kamera ultra-telefoto, dengan rekaan sensor berlapis multi-terapung lutsinar (transparent multi-floating sensor layered design) untuk menghasilkan kualiti gambar yang cantik.

    Rekaan telefon ini menampilkan corak berlian Mother-of-Pearl Design yang nampak sangat eksklusif.

    Kamera utamanya mempunyai sensor 50MP dengan nilai apertur f/1.4-f/4.0 dan penstabilan imej optikal (OIS). Ia mempunyai susunan warna RYYB untuk meningkatkan jumlah cahaya yang ditangkap, serta XD Fusion Pro untuk mengambil gambar dengan jurang dynamic range tinggi.

    HUAWEI P60 turut mempunyai fungsi Supermoon yang membenarkan pengguna untuk mengambil gambar bulan dengan lebih jelas dalam latar belakang. Sewaktu zum gambar, telefon ini mempunyai lensa long-travel sliding axis zoom lens untuk mengawal jarak pemfokusan dan mengambil gambar jelas dalam setiap jarak, sama ada zum atau makro.

    Di samping itu, HUAWEI P60 mempunyai sistem navigasi BeiDou yang membenarkan pengguna untuk menghantar mesej SMS dan lokasi kedudukan melalui hubungan satelit, tanpa bergantung kepada rangkaian telekomunikasi. Dalam situasi kecemasan, ia juga mempunyai fungsi Quick Help yang akan membantu pasukan penyelamat mencari kedudukan pengguna HUAWEI P60 dengan lebih tepat.

    Siri HUAWEI P60 menyokong kadar pengecasan pantas 88W dan kadar pengecasan wayarles 50W, di mana baterinya boleh dicas sehingga 50% dalam masa 10 minit sahaja dalam mod Turbo.

    Skrin HUAWEI P60 mempunyai rekaan melengkung di semua sisi dengan kadar segar semula 1-120Hz untuk penggunaan yang lebih lancar tanpa menggunakan hayat bateri dengan tinggi. Ia turut mempunyai gamut warna P3 dengan pengiktirafan TÜV Rheinland Colour Accuracy Certification untuk kualiti tontonan video dan gambar yang lebih jelas.

    "
    "

    Seperti produk HUAWEI lain, HUAWEI P60 mempunyai sistem operasi HarmonyOS 3.1. Antara fungsi baru termasuklah XMAGE UX dalam kameranya yang menunjukkan cincin zum khas untuk memudahkan kawalan zum kamera.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan siri HUAWEI P60 di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured