Site icon TechNave BM

HUAWEI tawarkan rebat sehingga RM500 untuk tablet MatePad Pro dan peranti lain

Sempena sambutan Hari Raya Aidilifitri yang semakin hampir, HUAWEI Malaysia akan menganjurkan promosi khas untuk produk-produknya dengan program pertukaran Trade-In Programme. Dengan promosi ini, para pelanggan boleh bawa sebarang peranti lama seperti telefon pintar, tablet, jam tangan pintar, komputer riba dan peranti gaming mudah alih untuk mendapatkan rebat segera sewaktu anda ingin beli produk HUAWEI baharu.

Sepanjang 1 April hingga 31 Mei 2024, HUAWEI menawarkan rebat sehingga RM500 untuk dua model tablet iaitu HUAWEI MatePad Pro 13.2 dan HUAWEI MatePad 11.5 LTE. Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan rebat sehingga RM500 untuk HUAWEI P60 Pro sebelum 30 April 2024.

Berikut adalah maklumat penuh untuk peranti HUAWEI yang terlibat dalam promosi ini:

Promosi ini hanya boleh didapati di kedai-kedai HUAWEI Experience Stores dan Urban Republic. Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version