Site icon TechNave BM

HUAWEI Watch GT 3, Watch GT Runner dan FreeBuds Lipstick dilancar di Malaysia: Hadiah percuma bernilai sehingga RM548

Sementara pra-tempahan bermula pada 20 November 2021 hingga 3 Disember 2021, HUAWEI telah melancarkan HUAWEI Watch GT 3, Watch GT Runner dan FreeBuds Lipstick bersama HUAWEI nova 9 pada pameran bergerak di IOI City Mall. Harganya bermula daripada RM999 untuk FreeBuds Lipstick dan RM1,399 untuk Watch GT Runner.

Selain itu, terdapat rebat segera sebanyak RM300 apabila anda membeli HUAWEI WATCH GT 2 (42mm) dan HUAWEI FreeBuds Lipstick dengan harga RM1,698 (RRP:1,998). Jam tangan GT 3 didatangkan dalam dua saiz iaitu 46mm dan 42mm. Semua peranti hadir dengan pelbagai hadiah percuma bernilai sehingga RM548 apabila anda membuat pra-tempahan. Semak laman rasmi HUAWEI Store Online, Shopee dan Lazada untuk maklumat lanjut.

Anda boleh lawati laman web rasmi HUAWEI atau ke Facebook HUAWEI untuk maklumat lebih lanjut. Sementara itu, komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version