More

    Siri HUAWEI WATCH GT 3 dan FreeBuds Lipstick bakal dilancar di Malaysia pada 20 November ini

    HUAWEI Malaysia bakal melancarkan barisan produk boleh pakai iaitu siri HUAWEI WATCH GT 3 46mm dan 42mm pada 20 November ini. HUAWEI WATCH GT 3 46mm boleh bertahan selama 14 hari manakala HUAWEI WATCH GT 3 42mm boleh bertahan sehingga 7 hari. Mereka turut memperkenalkan fon telinga wayarles HUAWEI FreeBuds Lipstick.

    HUAWEI WATCH GT 3 Series direka bentuk sesuai dengan pelbagai bahan tali termasuk fluoroelastomer hitam untuk WATCH GT 3 46mm dan 42mm, kulit coklat untuk WATCH GT 3 46mm dan kulit putih untuk WATCH GT 3 42mm. Bahagian bawahnya melengkung terletak dengan sempurna pada pergelangan tangan pemakai. Ia dilengkapi dengan skrin AMOLIED 1.43-inci untuk jam 46mm dan 1.32-inci untuk 42mm. 

    Jam tangan pintar ini dilengkapi dengan ciri pemantauan yang dipertingkatkan ke HUAWEI TruSeen™ 5.0+ yang baharu serta memperoleh lebih banyak saluran gabungan isyarat untuk kadar denyutan jantung dan pemantauan Spo2 yang tepat. Dengan tetapan peribadi pada Aplikasi Kesihatan HUAWEI, ia akan memberi peringatan harian untuk membantu pengguna mengamalkan tabiat sihat seperti pengambilan air harian, senaman dan juga tidur.

    Ia menyediakan  lebih daripada 100 mod senaman, trek GPS, Navigasi Laluan Kembali (Route Back Navigation), Pelan Latihan Berkala (Periodic Training Plan) dan Pelan Pelarasan Dinamik Pintar (Intelligent Dynamic Adjustment Paln) untuk pengguna. Pengguna boleh menyimpan sehingga 500 lagu serta terdapat kemudahan penyambungan ke telefon pintar untuk memainkan muzik kegemaran anda dengan satu sentuhan skrin jam tangan. 

    HUAWEI FreeBuds Lipstick direka oleh pusat penyelidikan estetik di Paris, yang hadir dengan sarung hitam dan emas dengan fon telinga merah di dalamnya. Ia mempunyai Active Noise Cancellation (ANC) 2.0 bersama Adaptive Ear Matching (AEM) menawarkan pembatalan hingar untuk bunyi yang mengasyikkan. Ia juga mampu mengesan bentuk telinga pengguna secara automatik, memberikan keselesaan dan pengalaman audio untuk pengguna yang berbeza.

    Fon telinga wayarles ini dapat disambungkan dengan HUAWEI WATCH GT 3 Series. Penyambungan antara peranti boleh mengaktifkan mod pembatalan hingar, memantau hayat bateri dan mengawal main balik muzik dengan sentuhan pada skrin jam tangan.

    Nantikan maklumat lanjut mengenai siri HUAWEI Watch GT 3 dan HUAWEI FreeBuds Lipstick pada 20 November ini . Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...