Site icon TechNave BM

HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II dengan sentuhan 3D hadir di Malaysia 30 Oktober berharga RM1,799

Terdahulu, HUAWEI telah melancarkan kaca mata pintar HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II pada peringkat globalHUAWEI Malaysia kini mengumumkan kehadiran kaca mata pintar ini bakal tersedia di pasaran Malaysia bermula 30 November 2020 pada harga RM1,799.

Dengan penawaran harga sedemikian, anda boleh menikmati pelbagai ciri pintar yang hadir pada sepasang kaca mata. Antaranya adalah dua pembesar suara beramplitud besar untuk kualiti audio yang lebih baik dan mampu untuk bertahan sehingga 5 jam dalam memainkan muzik dan 3.5 jam untuk panggilan suara dalam satu pengecasan.

Terdapat juga sokongan NFC dan pengecasan pantas wayarles untuk kemudahan anda. Anda boleh menggunakan tiga jenis gerak sentuh untuk mengawal (tekan, seret dan klik).

HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II bakal hadir dengan model kaca mata bergaya berwarna Black dan model kaca mata optikal berwarna Graphite Black. Masing-masing ditawarkan pada harga RM1,799 dan tersedia pada 30 November ini du semua HUAWEI Experience Store dan HUAWEI Store dalam talian.

Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas mengenai HUAWEI FreeBuds Studio dan siri HUAWEI Mate40!

Exit mobile version