Site icon TechNave BM

Iklan pendek Lenovo Legion beri paparan awal rupa bentuknya

Tidak lama lagi, telefon pintar gaming Lenovo Legion bakal dilancarkan pada 22 Julai ini. Jika sebelum ini gambar peranti tersebut sudah pun dikeluarkan, kini iklan video pendek pula menunjukkan bagaimana telefon tersebut digunakan, terutamanya kamera swafoto 20MP pop-up di bahagian sisi.

Dalam iklan tersebut, anda boleh lihat bagaimana kamera swafotonya digunakan sewaktu penggunanya bermain game untuk tujuan siaran langsung (live stream). Selain itu, kita juga boleh melihat rupa kamera utama 64MP dan kamera ultralebar 16MP di belakang.

Lenovo Legion adalah antara telefon pintar yang paling dinantikan pada tahun ini. Spesifikasinya sudah pun didedahkan secara meluas dalam media, jadi tunggu masa sahaja jika ia padan dengan spesifikasi sebenar sewaktu pelancaran nanti.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: YouTube

Exit mobile version