More

    Ciri ‘gaming’ peranti Lenovo Legion terdedah, sistem penyejukan mantap, skrin 144Hz

    Jika anda masih tidak tahu, salah satu bakal pesaing ASUS ROG Phone 3 adalah telefon gaming Lenovo Legion. Sumber kini mendedahkan ciri dan spesifikasi yang menghuni peranti gaming Lenovo Legion.

    Antara ciri gaming yang menarik adalah sistem penyejukan mantap, tampil dengan dua tiub penyejukan dan 14 sensor untuk pengesanan tahap pemanasan peranti. Sepertinya, Lenovo Legion memfokuskan pengalaman gaming yang berterusan tanpa pemanasan peranti yang menganggu pengguna.

    Tidak terhenti di situ, ia bakal dihuni Snapdragon 865+, RAM LPDDR5 sehingga 16GB (yang terpapar hanya RAM varian rendah 6GB), storan sehingga 512GB (yang terpapar hanya storan varian rendah 128GB), uEngine, skrin 144Hz dan lebih unik, kamera pop-up 20MP di sisi peranti.

    Untuk pengetahuan anda, peranti ini akan dilancarkan pada hari yang sama dengan pelancaran ASUS ROG Phone 3, 22 Julai 2020. Anda boleh membaca berita lepas mengenai markah AnTuTu peranti gaming Lenovo Legion dan berita lepas mengenainya.

    Adakah anda teruja dengan kemunculannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured