Timbalan Menteri Luar Negeri Indonesia, Arif Havas Oegroseno, menggesa programmer (pengaturcara) muda di Indonesia dan Malaysia untuk membangunkan sistem kecerdasan buatan (AI) berkonsepkan Nusantara seperti platform sumber terbuka China, DeepSeek.
Beliau menyatakan bahawa pakar teknologi dari kedua-dua negara harus meneroka kemungkinan ini memandangkan DeepSeek adalah sumber terbuka tanpa halangan undang-undang untuk pembangunan sistem serupa.
Arif Havas menekankan bahawa Indonesia dan Malaysia perlu bekerjasama dalam dunia digital memandangkan ekonomi digital ASEAN kini bernilai AS$260 bilion dan dijangka mencapai trilion dolar menjelang 2030 yang merangkumi e-dagang, FinTech, perkhidmatan media dan penghantaran makanan.
Turut hadir dalam sesi syarahan tersebut ialah Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Bernama

