More

    Indonesia dan Malaysia disaran bangunkan sistem AI seperti DeepSeek dalam gaya Nusantara

    Timbalan Menteri Luar Negeri Indonesia, Arif Havas Oegroseno, menggesa programmer (pengaturcara) muda di Indonesia dan Malaysia untuk membangunkan sistem kecerdasan buatan (AI) berkonsepkan Nusantara seperti platform sumber terbuka China, DeepSeek.

    Beliau menyatakan bahawa pakar teknologi dari kedua-dua negara harus meneroka kemungkinan ini memandangkan DeepSeek adalah sumber terbuka tanpa halangan undang-undang untuk pembangunan sistem serupa.

    Arif Havas menekankan bahawa Indonesia dan Malaysia perlu bekerjasama dalam dunia digital memandangkan ekonomi digital ASEAN kini bernilai AS$260 bilion dan dijangka mencapai trilion dolar menjelang 2030 yang merangkumi e-dagang, FinTech, perkhidmatan media dan penghantaran makanan.

    Turut hadir dalam sesi syarahan tersebut ialah Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured