Site icon TechNave BM

Infinix GT 10 Pro dilancar di Malaysia: Dimensity 8050, skrin AMOLED 120Hz, cas pantas 45W berharga RM999

Pada hari ini, Infinix Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu Infinix GT 10 Pro. Telefon ini diketengahkan sebagai telefon gaming mampu milik yang mempunyai pelbagai fungsi khas untuk bermain game, serta rekaan yang sangat menonjol.

Telefon ini mempunyai rekaan belakang Cyber Mecha yang menampilkan corak garisan dan bulatan mirip genre cyberpunk. Ia boleh didapati dalam warna hitam-oren Cyber Black atau perak Mirage Silver.

Satu lagi ciri unik pada telefon ini adalah lampu Mini-LED di belakang yang boleh menyala sewaktu mendapat panggilan telefon, mendapat notifikasi mesej, mengecas atau memainkan muzik.

Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8050 5G yang dibuat dengan nod proses 6nm untuk menghasilkan prestasi gaming yang memuaskan untuk telefon kelas pertengahan. Ia juga dilengkapi RAM 8GB yang boleh dibesarkan secara maya sehingga 16GB untuk prestasi multi-tugas yang lebih lancar.

Sewaktu bermain game pula, pengguna boleh mengakses Game Mode untuk mengawal beberapa fungsi khas seperti tahap prestasi telefon, Bypass Charging, Game Voice Noise Reduction, Game Fast Start Mode dan 4D Game Vibration.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Infinix GT 10 Pro:

Infinix GT 10 Pro boleh dibeli dari Shopee pada harga RM999. Para pembeli awal akan menerima Infinix GT 10 Pro Gaming Kit dan set jersi khas Infinix x Homebois.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version