More

    Infinix GT 10 Pro akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM999

    Walaupun pelancarannya di Malaysia akan berlaku esok, beberapa penjual pihak ketiga untuk Infinix GT 10 Pro telah mendedahkan harga telefon itu dalam talian seperti pada platform Shopee. Infinix GT 10 Pro akan dijual pada harga bermula RM999.

    Seperti dalam laporan sebelum ini, telefon pintar baharu itu akan dijual secara eksklusif di kedai Shopee rasmi Infinix dari 9 September hingga 12 September 2023. Pembelian Infinix GT 10 Pro bukan sahaja akan disertakan dengan set kepala Infinix XE27 percuma bernilai RM99, tetapi anda juga boleh menikmati penghantaran percuma.

    Ia dilengkapi cipset Dimensity 8050, skrin AMOLED 6.67 inci, kapasiti bateri 5,000mAh, menyokong pengecasan pantas sehingga 45W. Tambahan, bahagian belakang terdapat kamera utama 108MP dan beroperasi menggunakan sistem operasi Pure XOS 13 berdasarkan Android 13. Ia tersedia dalam pilihan warna hitam dan perak.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured