Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Infinix akhirnya telah melancarkan telefon pintar baharu iaitu Infinix GT 10 Pro. Daripada segi reka bentuk, Infinix GT 10 Pro mempunyai gaya reka bentuk yang unik dan mempunyai pilihan warna seperti kuning, hitam dan putih. Bahagian belakangnya terdapat jalur lampu LED.

Daripada segi prestasi, Infinix GT 10 Pro dilengkapi MediaTek Dimensity 8050 yang memiliki teras 4+4 A78 dan A55 dengan frekuensi maksimum 3.0GHz. Selain itu, ia turut hadir dengan GPU Mali-G77 9-teras serta memori LPDDR4X 8GB dan ruang storan UFS 3.1 256GB.

Daripada segi skrin, Infinix GT 10 Pro menggunakan skrin AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel, menyokong tiga kadar segar semula 120Hz, 90Hz dan 60Hz serta kadar pensampelan sentuh 360Hz.

Infinix GT 10 Pro menampilkan kamera utama 108MP, dua kamera tambahan 2MP pada bahagian belakang dan kamera swafoto 32MP di hadapan. Kamera belakang menyokong rakaman video sehingga 2K/30fps atau 1080p/60fps.

Selain itu, bateri Infinix GT 10 Pro berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 45W, dilengkapi dengan pembesar suara stereo dan bicu audio 3.5mm. Pada masa yang sama, telefon ini mempunyai enjin getaran 4D terbina dalam yang boleh meningkatkan kesan audio melalui maklum balas sentuhan.

Infinix GT 10 Pro akan tersedia tidak lama lagi dengan anggaran harga AS$250 (~RM1,138). Namun, ketersediannya untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.