Site icon TechNave BM

Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

Infinix Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru, Infinix GT 20 Pro, pada hari Khamis, 2 Mei 2024. Telefon kelas pertengahan ini bakal dikhaskan untuk kegunaan gaming, namun dijual dengan harga yang lebih murah berbanding telefon-telefon andalan (flagship).

Telefon ini akan menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8200 Ultimate 5G yang dibina dengan nod proses 4nm daripada Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC). Dengan unit GPU Mali-G610 dan pemproses kecerdasan buatan (AI) APU 580, ia boleh menghasilkan prestasi grafik dan AI yang lebih pantas.

Daripada segi rekaan, ia akan ditawarkan dalam pilihan warna biru Mecha Blue, jingga Mecha Orange dan perak Mecha Silver. Infinix menamakan rekaannya sebagai “Cyber Mecha” dengan lampu tambahan di bahagian belakang, serupa seperti Infinix GT 10 Pro sebelum ini.

Spesifikasi lain masih belum disahkan oleh Infinix, namun ia dijangka akan dilengkapi bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 45W, RAM 12GB dan storan dalaman 256GB.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook Infinix Malaysia

Exit mobile version