Infinix Malaysia mengumumkan bahawa Infinix GT 30 akan dilancarkan secara rasmi pada 11 September 2025. Peranti ini tampil dengan GT Trigger iaitu butang bahu kapasitif tersembunyi pertama dalam industri yang disembunyikan kemas di bahagian sisi.
Fungsi ini bukan sahaja memberi kelebihan kawalan dalam permainan mudah alih, malah boleh digunakan sebagai pintasan pantas untuk fotografi dan video. Selain itu, Infinix GT 30 dilengkapi paparan AMOLED 144Hz dan cipset MediaTek D7400 5G yang diiktiraf untuk kadar bingkai sehingga 120 FPS pada 10 permainan utama termasuk PUBG Mobile serta Mobile Legends: Bang Bang.
Rekaan peranti ini diinspirasikan oleh konsep Mechanical Light Waves dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Cyber Blue, Pulse Green serta Shadow Ash. Menariknya, GT 30 Pro dijadikan sebagai peranti rasmi untuk kejohanan MPL MY Musim Ke-16.
Infinix juga menaja tiga pasukan tempatan iaitu Homebois, Monster Vicious dan Aero Esport sebagai sebahagian daripada strategi mendekati komuniti pemain muda. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

