More

    Infinix GT 30 sah bakal tiba di Malaysia pada 11 September ini

    Infinix Malaysia mengumumkan bahawa Infinix GT 30 akan dilancarkan secara rasmi pada 11 September 2025. Peranti ini tampil dengan GT Trigger iaitu butang bahu kapasitif tersembunyi pertama dalam industri yang disembunyikan kemas di bahagian sisi.

    Fungsi ini bukan sahaja memberi kelebihan kawalan dalam permainan mudah alih, malah boleh digunakan sebagai pintasan pantas untuk fotografi dan video. Selain itu, Infinix GT 30 dilengkapi paparan AMOLED 144Hz dan cipset MediaTek D7400 5G yang diiktiraf untuk kadar bingkai sehingga 120 FPS pada 10 permainan utama termasuk PUBG Mobile serta Mobile Legends: Bang Bang.

    Rekaan peranti ini diinspirasikan oleh konsep Mechanical Light Waves dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Cyber Blue, Pulse Green serta Shadow Ash. Menariknya, GT 30 Pro dijadikan sebagai peranti rasmi untuk kejohanan MPL MY Musim Ke-16.

    Infinix juga menaja tiga pasukan tempatan iaitu Homebois, Monster Vicious dan Aero Esport sebagai sebahagian daripada strategi mendekati komuniti pemain muda. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured