Site icon TechNave BM

Infinix Hot 11S mungkin akan dilancar pada September 2021

Infinix telah melancarkan telefon kelas permulaan Infinix Hot 10S pada bulan April lalu dan ia menawarkan spesifikasi dan rekaan yang agak menarik, terutamanya corak petak di belakangnya dan skrin 90Hz. Kini Infinix dikhabarkan akan melancarkan penyambungnya iaitu Infinix Hot 11S dalam masa terdekat.

Infinix Hot 11S dijangka akan dilancarkan pada pertengahan bulan September 2021. Selain itu, Infinix telah pun mengesahkan bahawa telefon itu bakal dilengkapi cipset Helio G88 dan akan ditawarkan dalam dua varian memori iaitu 4GB+64GB dan 6GB+64GB.

Ia akan dijual dalam pasaran India pada harga INR9,999 (~RM571) untuk varian RAM 4GB dan INR10,999 (~RM630) untuk varian RAM 6GB.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Infinix Hot 10S yang berharga RM499, jangan lupa untuk baca ulasan kami terlebih dahulu.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: NDTV

Exit mobile version