Site icon TechNave BM

Infinix Malaysia ajak anda meriahkan pertandingan Mobile Legend: Bang Bang pada 24-26 Mei 2024

Infinix Malaysia telah bekerjasama dengan Mobile Legend: Bang Bang Academy League Malaysia (MAL MY) sebagai Telefon Gaming Rasmi untuk pertandingan MAL MY Season 1 Playoff yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 Mei 2024 di pusat beli-belah Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Anda semua dijemput untuk menghadiri pertandingan tersebut serta menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti perlawanan MLBB 1v1 dan peluang untuk mencuba sendiri telefon gaming Infinix NOTE 40 Series dan Infinix GT 20 Pro. Dengan menyertai aktiviti, anda berpeluang membawa pulang cenderahati istimewa daripada Infinix Malaysia.

Ini merupakan acara e-sukan yang terbaru oleh Infinix Malaysia, selepas pertandingan GT 20 Pro MLBB MY Championship yang berlangsung di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 4 dan 5 Mei 2024, serta Melaka x Esports Championship di Melaka Mall pada 18 Mei 2024.

Jika anda berminat untuk mengikuti jelajah pertandingan e-sukan yang dianjurkan oleh Infinix Malaysia, anda boleh hadirkan diri ke XFans Road Tour di Ipoh pada 1 Jun 2024, diikuti dengan Esports Event di Kelantan pada 21 Jun 2024.

Layari laman web Infinix Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai acaranya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version